Monday, March 11, 2013

Sakit Tulang Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sakit tulang belakang...penyakit lama sebenarnya..dulu aku sakit tulang belakang..masa tu ex-bf beria membelikan produk beautiful  premium (PB)  korset,  dan benda tu memang berkesan pada aku . Setelah sekian lama tidak memakainya (bg yang pernah pakai mesti tau kenapa ) bercampur dengan malas  , sakit itu kembali lagi. Bila aku ingat - ingatkan kembali..kesan dari jatuh dalam bilik air dan jatuh tangga di pejabat...mungkin menyebabkan sakit tulang belakang aku menyerang.

minggu lepas, sakit itu menyerang hampir setiap hari terutama di waktu pagi , terutama nak solat subuh. Pernah satu ketika, sakitnya menyebabkan airmata mengalir dengan sendirinya..kerana kesakitan dan aku terpaksa berhenti seketika. Setelah mengambil ubat tahan sakit.. yang diberi oleh MA , klinik Politeknik , sakit aku berkurangan.
Pada sabtu yang lalu, aku cuba berjalan kaki ke Giant seksyen 13...sambil exercise..ternyata...keesokkan harinya..sakit tulang belakang aku berkurangan dan aku tak perlu ambik ubat tahan sakit untuk satu hari...yesss!!

namun, .salmee tetap mahu aku buat rawatan xray..untuk melihat apa yang berlaku pada tulang aku..yang paling teruk sekiranya berlaku "Slipped disc".

"Ia  adalah salah satu kecederaan yg biasa berlaku pada tulang belakang. Ia boleh menyebabkan sakit belakang yg amat teruk sehingga berasa sakit dan kebas di bahagian kaki. tanda-tandanya..sakit belakang  yg teramat sangat dan tiba2 biasanya berlaku. Biasanya kat bahagian bawah belakang tapi boleh jadi kat bahagian tengkuk atau bahu.Kalau di bahagian bawah belakang, ia boleh sakit sampai ke kaki dan tapak kaki, terasa seperti menyucuk-nyucuk dan terbakar...boleh mengakibatkan lumpuh"

scarryyy....nak g xray ni...cuma yang lecehnya nak ke PUSAT KESIHATAN SEKSYEN 7 yang slow dan banyak kerenah itu membuatkan aku malas...hmmm...

+Sehingga ke saat aku menulis ini..aku masih terasa sakitnya...

+Lepas ni kena selongkar semula PB pakai waktu malam pun ok gak...ada gak gunanya...


psssttt..kena banyak bersenam la lepas ni...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....