Belajar untuk menjadi seorang yang setia ..untuk abie

salam..

pagi isnin yang lemau. lama jugak tak update blog. mungkin sebab seminggu dua ni aku x sihat..gastric, selsema, batuk . Ini pun masih ada saki baki virus dalam badan . Mujurlah gastric aku tidak berlarutan. Semua orang..asyik tuduh aku ni tak makanlah, dietlah, padahal memang aku sudah berhenti diet sejak awal tahun . Bukan tak nak kurus..tapi rata-rata BF-BF tak bagi kurus. Yang sakit hatinya..bila kuar dating, tau je aku ni tgh diet..sure diaorang akan ajak makan , makanan yang aku suka..urgghh!!! menderita...!!!

Bagi yang mengenali aku, pasti tahu kenapa aku tulis tajuk sebegitu. Yes, aku seorang yang tidak boleh setia. Sampaikan pernah, bff aku, tanya...apa yang aku nak dalam hidup ? Aku mencari apa sebenarnya sehinggakan sanggup aku bercinta dengan dua tiga orang lelaki dalam masa yang sama. Bercinta ke? Hurm sebenarnya bukan bercinta...kerana aku tidak sampai hati nak menolak perasaan dan harapan mereka..!!okey..sebab itulah aku yang sering tidak mendapat kepuasan dalam soal cinta.

Sejak aku putus dengan ABIE...aku bertemu dengan ramai lagi lelaki lain..namun tanpa aku sedar..aku sering bandingkan mereka dengan ABIE. Mungkin kerana ABIE adalah lelaki terbaik yang pernah aku miliki. Cara dia, sikap dia, ketegasan dia, manja dia, sayang dia, pujukan dia, membuatkan aku sering bandingkan lelaki itu dengan ABIE.

Ada ramai kekawan yang bertanya..adakah aku sudah menjalinkan hubungan dengan abie semula. Yup...aku dan dia kembali menjalinkan hubungan dan kali ini..kami lebih matang dalam hubungan ini. Masing masing tahu perasaan masing masing...aku terharu mendengar kata-katanya yang dia masih seperti dulu..masih merindui aku..masih menyayangi aku ..Tq abie..

Aku harus belajar untuk setia. harus belajar untuk menjadi seorang yang sabar dalam hubungan ini. Mungkin bagi orang lain, ABIE banyak kurangnya namun bagi aku..dia adalah seorang lelaki yang aku inginkan...

Ya Allah..semoga hubungan kami direstui dan semoga kami dapat disatukan..amen...

pssttt....semangat baru..berusaha untuk mendapat restu hubungan kami..

psstt..planning nak sambut anniversary kami di Kuching , Sarawak...tempat pertama kami bercuti..really miss that moment...
abie...my love...

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...