Monday, September 30, 2013

kisah cinta aku dan abie..part 1

salam...

ada beberapa orang kawan aku bertanyakan aku dan abie malah mereka sendiri tidak tahu bila masanya aku dan abie bercinta dan putus dan sambung balik hubungan ini..

Segalanya bermula dengan BBM.. kerana dia add aku dalam list dia maka aku dan dia banyak berBBM serta bertukar tukar cerita tentang music. Disitulah aku kenal siapa dia dan keghairahan dia dengan muzik yang mana membawa kepada tertubuhnya SUTERA BAND. Pada masa itu..abie berusia 29 dan aku ketika itu berusia 34thn. memang jarak itu tidak pernah kami fikirkan kerana perkenalan itu hanyalah satu persahabatan.

Mungkin kerana kami berjodoh, pada satu ketika, tahun 2011..aku dan abie bertemu untuk kali pertama. Ketika itu, bila dia maklumkan bahawa dia akan datang ke stadium shah alam..aku sudah memasang angan angan untuk bertemu dengan dia. Dia dan abg fendi (salah seorang dari ahli Sutera Band) datang ke sana kerana untuk agihkan flyers berkenaan Sutera Band kerana kebetulan pada masa itu ada pameran perkahwinan...

Pada saat pertama aku melihat dia..aku rasa biasa je..cuma terkejut kerana abie ternyata berbadan besar..so huge..(jgn marah abie). Masa itu...aku ajak Khalilah menemani aku dan mujurlah adik bertuah tu sudi menemani aku...Pertemuan pertama kami di Restoran Aimar, TTDI JAYA

Pada setengah jam pertama..aku melihat dia..dan ternyata dia seorang yang kelakar dan sempoi. Pada saat itulah aku rasa bahawa aku jatuh hati pada sikap dia. Ternyata pertemuan itu merupakan titik permulaan pada hubungan kami...

pada pertemuan ketiga...barulah kami meluahkan perasaan masing masing..dan sikap abie ...tak akan bagitau perasaan dia..cuma dengan perbuatan saja yang memberi makna bahawa dia cintakan aku...


*************************************************************************

pssttt.....pada  27hb Sept 2013..kami berbual panjang, mengimbau kembali saat perkenalan kami.     Ternyata dia masih ingat pertemuan pertama kami...dan aku bertanyakan pada dia..apa pandangan dia pada saat dia bertemu dengan aku..jawapannya..dia suka aku kerana dia tgk aku comel pada masa itu..gulppp!!!
terpegun seketika kerana..tang mana lak aku comel? dengan rupa paras yang tak sempurna ini..aku merasakan bahawa abie ni dah tersalah tgk...hahahaah

Ya Allah..semoga KAU permudahkan segala urusan jodoh aku dan dia...kerana semua ini hanya akan terjadi dengan izinMU...amin.


xoxo..rfa


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....