perubahan Abie yang membuat aku gembira...

salam...


sejak aku menyambung semula hubungan aku dengan abie...(ikutkan kata abie..dia tak pernah memutuskan hubungan kami..)..segalanya menjadi indah.. poyonya ayat..hahah tetapi aku yang mengenali abie..aku dapati dia sudah banyak berubah.

Perubahan pertama  yang boleh aku lihat dan yang paling ketara ialah cara dia berkomunikasi dengan aku...paling aku suka bila dia membahasakan diri dia dengan panggilan yang aku tetapkan... Abie. Kalau dulu..dia agak kurang dan janggal membahasakan dirinya dengan panggilan itu tetapi sekarang..sudah betah...alhamdullilah.

Perubahan kedua..dia sudah bersedia untuk bercerita tentang komitment..dia sudah bersedia untuk bercerita tentang impian dia untuk bersama dengan aku..malah aku pernah menguji dia..dengan bertanyakan soalan..seandainya..aku berhenti kerja..dan menjadi isteri dia..adakah dia boleh menyara aku..dan jawapannya.."insya allah..dengan gaji abie sekarang...abie rasa abie boleh sara syg..tapi ala kadar je la.." Aku hanya ketawa..serius dia seorang yang cukup naïf...mana mungkin aku berhenti kerja, duk rumah..kerana aku seorang yang tak boleh duk diam je..

Perubahan ketiga..kalau dulu, dia tidak mahu ekspresi kan perasaan dia..tapi sekarang dia sering mengucapkan rasa rindu dia pada aku.. normally aku je yang asyik mengucapkan rasa rindu itu...(Nampak sangat dulu aku yang tergiler gilerkan dia)

Apapun..aku bersyukur kerana kami sudah menjalinkan hubungan ini semula. Dia yang aku sayang..ternyata sukar untuk didekati oleh perempuan lain kerana rasa cintanya padaku. Terima kasih abie kerana masih setia padaku.

Doaku..semoga Allah mempermudahkan urusan jodoh kami dan yang paling penting restu keluarga.. Insya Allah..aku akan menyambut besday dia...yang ke 31..mungkin kerana factor umur..dia semakin matang...luv u so much...


Abie...terima kasih kerana menerima syg seadanya...


Dunia blog aku akan di penuhi dengan luahan perasaan aku pada abie..seperti mana yang pernah aku tulis pada awal awal aku belajar menulis blog. jangan mare ye....


"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu"
 
 
 
psssttt nak sambut anniversary perhubungan kitaorang di Kuching...tempat cinta kami terpatri...
 
 
xoxo rfa
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...