Thursday, October 3, 2013

syukur kerana aku tidak menjadi milikmu

salam,

beberapa hari asyik dibuai rindu pada abie..semalam aku tetiba gatai tangan menghubungi Khairul..Mujurlah dia menjawab panggilan aku dengan baik.

siapa khairul? Hmmm dia adalah lelaki yang pernah merisik aku utk menjadi isterinya. Dia merisik untuk dia berbincang dengan keluarganya..datang bertemu dengan keluarga aku. Aku tidak tahu macamana utk aku gambarkan betapa aku keliru kerana aku sendiri tidak bersedia utk semua itu. Bermula sebelum Ramadan, Aku berusaha untuk menerima dia..mencipta ruang dan peluang untuk dia namun ianya tidak menjadi. Serba serbi tidak kena..segalanya seperti bukan seperti yang ditakdirkan.

Akhirnya..aku solat istikharah dan solat tahajud..bermunajat untuk mendapat kebenaran dalam hubungan kami.. dan akhirnya..aku mendapat jawapannya. Maka.. aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan dia.. kerana aku rasa dia bukanlah di takdirkan untuk aku dan walau macamana aku berusaha untuk menerimanya..aku tidak mampu. Khairul menerima keputusan aku dengan perasaan yang marah namun semalam bila aku berbual dengan dia..dia sudah menerima kenyataan itu dan aku diberitahu yang dia sudah  menemui cinta baru. Baguslah...sekurang -kurangnya perempuan itu benar benar layak untuk dia..opsss..lupa lak..umur khairul 26 tahun..so memang rasa x sesuai kot dengan aku. Hikmahnya..selepas aku berpisah dengan khairul anuar, aku mendapat abie semula..alhamdullilah...

untuk khairul...dalam sesuatu hubungan..banyak perkara yang perlu di pertimbangkan dan banyak perkara perlu difikirkan..apatah lagi kita hidup , ada keluarga dan sanak saudara. Mungkin bagi u..ianya sesuatu yang biasa namun kita kena fikir ttg hati hati mereka yang kita sayang ..

I tak pernah menyesal menolak lamaranmu namun I menyesal sangat sangat kerana memberi ruang dan peluang pada u...walaupun seketika...

apa pun I doakan u bahagia dengan kekasih baru u..semoga u belajar untuk menjadi seorang yang jujur .

psssttt...kita tidak ditakdirkan utk bersama...


xoxo rfa

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....