Dugaan cinta

Salam...

hARI ni memang ada banyak masa untuk menulis blog. Dari semalam aku nak bercerita tentang satu masalah..namun ianya seakan akan terhenti..seolah-olah aku tak de idea untuk bercerita..mungkin kerana ianya seolah - olah tak logic tapi hakikatnya memang betul...

oklah..bermula dengan aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama adam..bagaimana aku dapat kenal dia..well dari wechat..then yang kelakarnya..aku mengenali dia semasa aku ke mentakab bersama ladyboss dan azlin menghadiri majlis perkahwinan kawan ladyboss. ok..pada pertemuan pertama..aku rasakan adam adalah lelaki yang biasa je..dan bg aku..aku anggap dia sebagai kawan biasa..sehinggalah pada beberapa hari yang lepas..aku menerima sms dari num yang aku tidak kenali..dan aku memang mengamuk kerana num fon yang tidak dikenali itu di hantar ke num celcom aku yang memang private..ok..then aku mendesak dia untuk berterus terang dari mana dia dapat num aku.. sampailah satu ketika..dia cakap..saya asal mentakab..dan awak ada kan kawan dari mentakab..barulah aku terlintas adam.. ok..boleh diterima..so kami berbual...n dia beritahu aku yang dia curi num fon aku dari hp adam..astaga..ini boleh mengundang gaduh antara mereka berdua sebab mereka bestfren...dan aku tahu adam takkan bagi num fon tu pada sesapa.

Dihujung perbualan, dia jelaskan bahawa..adam menyukai aku dan dia juga menyukai aku . Masak!!! Bukannya dia tidak tahu bahawa aku sendiri sudah ada bf..dan sudah ku perjelaskan di awal awal lagi.

Bagi aku, ini dugaan aku dan abie. Dulu masa aku tidak bersama dengan Abie.. x de pulak macam ni. dan bila aku cakap dengan abie..citer ngan dia..dia hanya ketawa..namun aku tahu dia cuak. Namun dia tahu aku camna orangnya..dan dia yakin bahawa aku hanya milik dia seorang..cewahhh...

Berbalik dengan kisah mamat tu..oppsss...namanya Hirul..aku akan cuba bercakap elok elok dan kalau dia tak nak faham jugak..maka..terpaksa la tukar num fon lagi...sediihhh...asyik kena tukar num fon...


pssttt...abie sempat perli aku..."itulah berseri seri sgt wajah tu..sebab tu ramai orang suka" aku? telan air liur je !!! seri tang mana lak!!

xoxo..rfa

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...