Perpisahan yang menjerut hatiku...MY LADYBOSS

salam...

Pada saat dan ketika ini, aku tidak mampu berkata-kata. Mungkin ianya nampak senang dan mudah namun tidak bagi aku. Mungkin bagi orang lain ianya tidak begitu penting namun, bagi aku..dia adalah antara orang yang penting dalam hidup aku..selain dari keluarga aku.
Perpisahan yang paling menggetarkan hari aku akhirnya tiba... seorang sahabat yang begitu baik akhirnya akan pergi dan aku ...aku kehilangan seorang sahabat, kawan, pengkritik, pembimbing, malahan aku anggap dia adalah saudara ku sendiri..

Semalam, apabila dia memberitahu aku yang dia akan bertukar ke Kementerian lain, maka aku tidak ada rasa untuk memberi apa apa komen kerana aku tidak mahu menerima hakikat tersebut. Namun yang terjadi akan tetap terjadi..dan aku harus relakan perpisahan ini.

Aku mengelak untuk bersedih kerana aku tau aku pasti akan menangis.. Aku simpan perasaan sedih itu ...

mengenali dia, 4tahun yang lalu..membuatkan aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia, berkawan dan berkongsi rasa dengan dia. Mungkin kerana kami sebaya..maka banyak perkara yang dolu dolu yang boleh diceritakan bersama..lagu , kenangan sekolah, belajar di ipta, trend dolu-dolu...maka menjadikan aku rapat sangat dengan dia...

sahabat yang ku gelar CIK WAN, Kak Long, Ladyboss... semua itu panggilan untuk dia sementelah dia adalah pegawai atasan dan aku hanyalah staff biasa.

Aku mengenali dia sebagai seorang yang baik, sporting, open minded , tegas, dan sebagai pegawai...dia tidak sama sekali sombong atau berlagak. Sepanjang persahabatan kami...banyak suka duka yang telah kami tempuhi...suka duka yang mematangkan hubungan kami dan yang paling best..kebanyakkan situasi adalah sama...

Persabahatan aku dan dia..banyak mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik , tiada lagi nakal dan liar seperti sebelumnya dan kebanyakkan masa aku lebih banyak bersama dengan dia dan paling ketara sifat tidak sabar serta baran aku ternyata berubah kerana dia. Salmee juga perasaan perubahan aku yang menjadi lebih sabar dalam semua perkara,

Menjadi sahabat dia..membuatkan aku selesa untuk berkongsi rasa malah selama 4tahun berkawan..aku serba sedikit tahu apa yang dia suka dan dia tak suka..dan dia cukup mengenali aku sebagai seorang perempuan yang sensitive...Ayatnya yang paling aku ingat.."Cik pah ni Nampak je garang namun dalam hati ada taman.."...sabo je la..

Aku bersyukur kerana mengenali cik wan..bersahabat dengan dia dan seterusnya menjadi seorang yang sentiasa menyokong aku dari belakang. Walaupun aku mempunyai ramai kawan..namun dia adalah yang teristimewa kerana memberi aku banyak panduan tentang hidup dan agama Islam  khasnya. Kami boleh bersembang tentang apa saja...dan aku cukup selesa dengan dia...Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar seorang sahabat seperti dia dan aku berharap persahabatan aku dan dia tidak hanya akan berhenti di sini..mungkin berpanjangan hendaknya.

Bagaimana aku harus berdepan hari  tanpa dia di sisi aku.. setiap hari aku bersama dengan dia..x tahu bagaiama hari hari tanpa dia. Memang la hubungan  kami tidak akan putus di sini..namun aku ianya tidak sama bila habiskan masa bersama seperti sebelumnya.

Siapakah yang akan memberi aku nasihat apabila aku berdepan dengan pelbagai masalah...?

Siapa yang akan bercerita tentang agama Islam..berdebat, memberi pandangan dan sentiasa berkongsi maklumat tentang agama Islam..?

siapa yang akan menemani aku, tatkala aku sakit...teman aku semasa aku menunggu doctor?

siapa yang akan bersama dengan aku tatkala  filem filem hantu keluar panggung? padahal aku dan dia sama meminati filem hantu..

Siapa kah yang akan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku tatkala aku sedih...

Gembira kerana dia akan keluar dari sini....yang mana tempat keje baru dia jauh lebih baik ..sedih kerana aku akan kehilangan seorang boss yang baik, teman makan aku, teman borak aku dan teman ketawa dan sedih aku...

Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
 
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
 
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku Sahabat... tetap bersama mu jika
Kau perlu... kan ku... dan ku tak kaku
Tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok
yo...yo
Berjangkit sesama seperti mengusik
Si melatar
Kau kau jangan kau melampau dan
Kalau siapa mengusik Najwa tolong
Bagi tau aku tapau
 
Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu, menjadi
Ulang (Repeat) *
Ohh...ohhh...ohhhh
Menjadi sahabatku

 

 
pssttt...mengalir airmata saat menulis entry ini....:( ...I hate this feeling....cik wan..im gonna miss u...



xoxo...rfa


 
 
 
 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...