Tuesday, July 31, 2012

aku difitnah lagi...

salam ramadan..

sejak menjawat portfolio baru , sebagai PA kepada boss..aku ingatkan boleh la tenang sikit namun ternyata Tuhan menduga aku lagi dengan fitnah terhadap aku yang datang bertubi tubi kepada boss aku. Sesungguhnya hancur luluh hati apabila membaca catatan  tersebut kerana aku merasakan bahawa itu semua adalah fitnah semata . Dalam hati, aku menangis. Sayu kerana aku tidak pernah di minta jadi begini.

Aku tahu bahawa aku dibenci tetapi aku tidak pernah kacau orang..tidak pernah nak sakitkan hati orang dan yang paling penting aku hanya melaksanakan kerja aku saja. Aku bukanlah sempurna ..setiap kerja yang aku jalankan pasti ada cacat celanya dan itu adalah kelemahan aku sendiri...namun aku tidak tahu kenapalah orang akan dengki , benci dengan aku...

Bagi mereka yang dengki dan benci..aku mohon sangat sangat datang bersemuka dengan aku dan seandainya aku ada buat silap.aku mohon maaf.. tapi tak perlu lah nak memburukkan nama aku dan yang pasti semua itu tak betul..subhanallah...!!

Jawatan sebagai PA bukanlah satu jawatan yang aku inginkan dan seandainya ada sesiapa yang nak gantikan tempat aku..dipersilakan.. dengan persetujuan pengurusan...bukan susah rasanya..

Jawatan sebagai kerani perolehan juga bukanlah satu jawatan yang menjadi kegilaan ..bz dengan audit, bz dengan sprm bz dengan kerenah pengurusan..semua itu perlu di tangani dengan baik..namun aku tetap macam ni jugak...

Buat mereka semua...jadi lah manusia yang bersyukur dan mohon muhasabah diri supaya sedar diri..fitnah sebegini tak akan kemana dan silap silap akan malu sendiri...



nota: sedang mendapat nasihat dari kawan kawan yang pakar, sama ada nak buat report polis atau tidak...semoga Tuhan melindungi aku..Amin..!!!



1 comment:

  1. Di bulan Ramadhan ni, harap Allah permudahkan semua urusan. Pelik kan bila orang suka buat cerita ni, macam tak ada kerja lain nak buat.

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....