Thursday, July 19, 2012

perasaan yang sering muncul...

salam..

aku ambik masa sikit kali ni sebab ada perkara yang berlaku malam tadi. Aku tidak tahu adakah ini adalah perasaan yang biasa atau pun tidak.. namun yang pasti aku tahu perasaan ini muncul selepas dia hadir dalam diri aku. Aku jadi seorang yg cukup sensitif bila dengan dia..bila berbbm dengan dia dan bila bercakap dengan dia. Aku buka pintu hati aku untuk dia..menerima dia setelah 4 tahun lamanya dia dan aku saling bermusuhan.(musuh, kawan,kekasih, gengster)

aku pernah membenci dia malah pernah aku membohongi dia, dengan mengatakan bahawa aku sudah berkahwin dan memiliki suami...so..dapatlah aku lari dari dia sekejap. namun itu tidak lama, kerana dia tetap akan call aku, bertanya khabar dan kekadang aku tersasul ..akhirnya kantoi. namun dia tetap maafkan aku...

awal tahun 2012..aku bertemu dengan dia...dan ucapan dia masih sama...masih sayang, masih rindu dan masih angau kan aku...( mcm la aku ni layak untuk itu semua..pirahh).. sampaikan dia tuduh aku bomohkan dia...buat dia tergila-gila akan aku..sob!sob! sampai hati...

walaupun begitu..aku tidak cepat melatah menerimanya kembali , cuma bulan lepas, bila dia start menggunakan blackberry..dan kami sering bbm barulah aku mula menerimanya secara perlahan lahan..dan apabila dia secara direct meluahkan perasaannya pada aku...aku jadi serba salah namun yes...jauh di sudut aku menerimanya. Ego kan aku ni...hahaha....benarlah kata dia..aku memang ego kerana tidak mahu mengaku tentang perasaan aku padanya... kisah dia...pernah aku citerkan dalam blog ini...kisahnya disini...

sori ye kekawan ...terpaksa membaca la jiwang karat aku ni...

cuma..benarlah kata orang..jangan benci orang...nanti lama lama akan suka...dah kena batang hidung sendiri..


nota:  bak kata akak aku..kak ani.. yang sering berubah hati kau..bukannya pihak lelaki..
          alahai..terkena lagi aku!!!

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....