Tuesday, July 17, 2012

harta yang tidak ternilai....

salam...

agak lama tidak menulis apa apa di blog.. idea tu ada cuma masa yang tak ada. Sabtu hari tu..aku mengajak adik adik berkumpul di rumah..masak masak..saja menjamu selera bersama, termasuk lah anak anak buah aku yang comel, manja dan nakal..

Merekalah harta yang tidak ternilai yang aku miliki. Kasih sayang aku pada mereka tidak dapat di gambarkan dan sesekali air mata pasti akan mengalir apabila merindui mereka.

 Qaseh adalah insan yang paling rapat dengan aku dan dia tahu..segala kemahuan dia pasti aku akan tunaikan sekiranya aku mampu. Aku tidak tahu bagaimana sekiranya aku berpisah jauh dengan dia.. pasti airmata akan mengiringi rinduku pada dia..




Qisha pula simanja yang sentiasa blur dan suka tersenyum.. membuatkan hati aku menjadi cair. Walaupun kami tidak rapat kerana dia tidak membesar di depan mata aku dan tidak bersama dengan aku namun...sayangku pada qisha sama seperti sayangku pada qaseh..





Merekalah antara anak anak buah aku yang menjadi punca suka duka aku.... dan pastinya aku berdoa semoga mereka akan membesar dengan baik dan . Aku hanya berharap agar aku dapat menumpang kasih mereka lantaran..peluang untuk aku memiliki anak sudah tidak ada...barangkali..


untuk semua anak anak buah ku ( tak silap 20 orang) semoga menjadi seorang yang berguna dan sentiasa patuh dengan kedua ibu bapa..belajar menjadi seorang yang baik dan bertanggungjawab...


nota: ateh sayang semua anak anak buah ateh!!!

1 comment:

  1. insyaAllah.ade jodoh nanti.ma saya nikah umo 36 tahun.boleh lagi dapat anak.5 orang yang kuar ni..hehe

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....