Monday, November 19, 2012

Palestin : Duka terpahat di hati masyarakat Islam di Seluruh Dunia

Salam...

Palestin di serang lagi dan serangan itu telah menyebabkan ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa. Aku bukanlah seorang pemerhati kisah kisah dunia cuma apabila serangan post  di FB berlaku berkenaan Palestin dan boikot..aku terpanggil untuk bersuara.

Satu dunia sudah tahu..tentang kesusahan yang berlaku di Palestin dan tentangan dan serangan dari Israel..namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..cuma apabila di Malaysia..especially di FB tentang boikot memboikot produk yang menyokong Israel..maka aku merasakan tidak adil bagi kita menjatuhkan hukuman sebegitu di Malaysia. Antara beberapa perkara yang perlu di fikirkan bersama :

1. Mcdonald malaysia..pekerja -pekerjanya adalah terdiri dari RAKYAT MALAYSIA...berusaha mencari sesuap nasi ..rezeki namun apa akan terjadi sekiranya boikot ini berlaku? pastinya mereka terpaksa mencari kerja lain which is..susah nak cari sekarang ni..so adilkah kita menjatuhkan hukuman ?

2. Apa yang di post di FB ..hanyalah boikot pada Mc Donald.. kenapa tidak pada rokok? which is 1 % dari penjualan rokok jugak di salurkan kepada Israel..tahukah anda? so kalau begitu baik kita boikot rokok..dan impian nak tgk Malaysia bebas rokok tercapai dan tak perlu lagi iklan TAK NAK dlm tv or media massa.. namun yang tu tak di pandang oleh mereka...sebab mereka x boleh hidup tanpa rokok..( kebanyakkan lelaki..yang mana bersemangat gile post kat FB pasal boikot memboikot)

3. Apabila propaganda ini berlaku..masyarakat kampung yang tidak mempunyai maklumat yang sahih akan berprasangka ..contohnya di kampung kampung..mereka akan terus mempercayai apa yang mereka dengar tanpa melihat kebenarannya..subhanallah..ini  x sepatutnya berlaku . Ketaksuban untuk memboikot itu akan menyebabkan berlaku pergaduahn dan sekiranya di kampung, anak jiran bekerja di McDonald..pasti mereka akan di pandang tak elok oleh masyarakat kampung..(tetiba teringat kat kg aku.. pernah satu ketika sepupu aku mendapat tawaran belajar di UITM..namun arwah paksu..menentang keras dan tidak membenarkan anaknya belajar di UITM ..ini berlaku kerana dia duk di kedai kopi..mendengar cerita cerita yang UITM tu x bagus, milik kerajaan BN la..yuran mahal la..padahal...setahu aku..yuran UITM adalah yang paling rendah.. nasib baik aku boleh bersuara dan alhamdullilah..sepupuku dapat juga belajar sampai degree...moralnya..pandangan orang kampung..mudah percaya ttg sesuatu perkara ini membuatkan ia menjadi satu senjata yang bahaya dalam memporak perandakan hubungan dalam masyarakat..khususnya.

4. Apalah salahnya kalau kita titipkan doa, solah hajat, mohon agar keselamatan saudara kita akan di lindungi dan semoga mereka semua tabah dalam menghadapi dugaan yang Tuhan berikan .

5. Pernah mendengar seorang kawan berbicara..kadangkala..apa yang berlaku di bumi Palestin adalah dugaan Tuhan atas apa yang berlaku di bumi itu sendiri..seperti bala yang Tuhan turunkan pada masyarakat sebelum ini.. sebagai tanda dan amaran bagi orang lain ..dan untuk menjadi iktibar kepada yang lain. Oleh itu..di Malaysia sendiri..banyak perkara yang boleh mengundang kemurkaan Tuhan.. Gay..Lesbian, Zina....dan tidak mustahil..kalau kita tidak beringat dan bertaubat serta berdoa..hukuman Tuhan akan di berikan kepada kita...seperti masyarakat Islam yang terdahulu. Oleh itu..kita patut menanganinya dan bersama-sama mencegah perkara perkara itu berlaku....Nauzubillah..

Palestin..tetap di hati setiap manusia di seluruh dunia...malah kesengsaraan mereka turut sama di rasa ..cuma tiada apa yang dapat dilakukan..cuma doa dipohon agar akan ada bantuan yang mampu meringankan beban dan kesengsaraan mereka..


nota: sorry..terover..cuma luahan dari seorang yang suka memerhati seperti aku...


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....