Monday, November 5, 2012

kucing..satu kisah yang menyayat hati

salam..


semalam, aku ada terbaca satu entry yang mana bercerita tentang  kisah kucing.. yang berjaya diselamatkan..maka aku teringat tentang satu video clip pasal nasi goreng kucing...yang mana hanya berlaku di luar dari malaysia..Kucing di jadikan makanan exotic..tak dapat bayangkan ...klip video ni aku tak ingat dapat dari mana cuma bila hari tu aku duk transfer data ke external hard disk baru..itu yang terpandang.

apabila ada blogger yang aku follow pasal kucing ( kakimotong dot com) ..aku respect pada dia..kerana ikhlas hatinya terhadap perhatiannya terhadap kucing. apa pun kesabaran adalah yang paling penting bila berdepan dengan kucing..

aku sendiri suka sangat kucing..namun masa dan keadaan membuatkan aku tidak berjaya untuk memelihara kucing cuma..kalau aku g kedai makan dan ada kucing yang bergesel di kaki aku..pasti akan ada habuan untuk dia..kesian..itulah yang aku rasakan...

Tetiba teringat kat CAT..kucing yang aku bela masa dia bersaiz tapak tangan sampai la dah obes macam pic bawah ni. Antara gelagat nya yang masih aku ingat :

1. apabila aku marah dia..sambil bawa penyapu lidi..dia akan merajuk masuk bilik adik aku dan tak nak berpaling bila aku panggil..even sogokkan dengan friskies pun tak jalan

2. teringat masa dia menjilat air nescafe aku..selang sejam dia mengalami sakit perut..dan tatkala itu aku sedang bersila berborak ngan adik aku..dia dengan spontan ..naik dan duduk di paha sambil mengingau ..seolah olah..bagi tahu aku..yang dia sedang sakit perut..

3. terlalu manja dengan aku sampaikan tatkala aku nak pindah..dia merajuk panjang..tak nak balik rumah kerana mungkin dia tahu yang aku nak lepaskan dia..supaya dia berdikari sedangkan dia tidak tahu berdikari langsung..

4. 'isteri ' yang aku cari untuk dia.namanya kitty....memang tak cantik tapi anak anak nya cantik dan comel...


CAT sentiasa ada dalam ingatan mummy..

apabila aku baca kenyataan pasal kucing or tgk video klip pasal nasi goreng kucing tu..aku pasti akan sedih Zalim dan kejam..itu yang leh aku katakan...


nota: semoga CAT akan dijaga dengan baik...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....