Wednesday, November 28, 2012

kisah cinta semusim...

salam...

beberapa hari ini aku banyak berfikir dan berbincang tentang PERKAHWINAN!!

 adakah DATIN SERI ARFA ni nak mengakhiri zaman single mingle dia?
 hahahah jawapan no!..

cuma perbualan aku dengan mirza, kami merancang untuk akhiri zaman bujang pada tahun depan. Sememangnya antara kami sudah ada kisah rumahtangga yang penuh dengan trauma dan fobia..maka baik aku mahupun dia..kami perlu berhati hati dalam membuat keputusan. Mungkin sikap ini membuatkan ramai yang berfikir aku memilih ...

 Mungkin orang akan berkata..belum kawin dah heboh satu malaya..belum kawin dah berangan nak kawin tahun depan dan sebagainya..namun sebagai manusia yang kita boleh merancang segala-galanya tetapi Tuhan menentukan segalanya...begitu pun kita diharuskan berusaha...betul tak?
Ramai kekawan dan adik beradik aku yang bosan menanti, bila aku akan mengakhiri zaman bujang aku..dan siapakah yang bakal jadi suami aku. Namun aku tidak berdaya untuk merealisasikan perkahwinan aku tanpa kuasa Tuhan. !!!

aku dan mirza berkawan, sambil mengenali hati budi masing masing..malah kami pernah bergaduh, berperang, membenci dia dan akhir sekali..hubungan kami berakhir. Aku yang minta putus sebab aku merasakan ketika itu hubungan kami tidak akan kemana.. namun dia masih tidak pernah putus asa dengan perhubungan ini..dan aku pernah memarahi dia " tolong jangan call saya kerana saya sedang berusaha untuk melupakan awak" kata-kata itu membuatkan hati dia kecewa. memang salah aku..memang silap aku..namun kalau dah jodoh tak kan kemana...kami dipertemukan semula..

kini..setelah dua bulan berpisah..aku kembali kepada dia.. kembali merindui dia..kembali menyintai dia kerana setelah aku melihat dan menilai..sesungguhnya hanya MIRZA yang sentiasa sabar dengan sikap kepala angin aku...aku akui bahawa kesilapan yang berlaku adalah kerana keegoaan aku dan kali ini aku tidak mahu tersilap lagi...

semoga..hubungan kami direstui..semoga apa yang kami rancang akan di berkati dan di permudahkan..



tq mirza...kerana sentiasa sabar dengan segala kerenah dan keegoan saya..




nota: sori pada yang membaca..ayat jiwang terlebih..untuk kekawan..doakan kami ye

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....