Selamat hari raya aidiladha

Salam di hari raya...

Baru lepas sembang ngan mama...alhamdullilah aku masih bernafas untuk menyambut hari raya kali ini. Untuk kali ini..aku menyambutnya di sini..di kl...di shah alam. Mungkin kerana keluarga aku tidak buat korban makan ianya tidaklah disambut sgt.

Ramai yg mengatakan..kelantan,  kalau hari raya korban meriah...actually...hari raya korban meriah pada zaman dulu. Aku masih ingat sewaktu kecik dulu....rumah aku dan beberapa rumah jiran buat korban..maka mereka akan masak dan menjamu tetamu yang datang..so..suasana menjadi cukup meriah. Namun sekarang..ianya dah berubah. Daging korban banyak di sedekahkan dan hanya daging yang untuk dimakan oleh ahli keluarga saja yang di ambil...mama pernah ckp...zamab skrg ni dah x macam dulu. Lgpun anak anak duk jauh..cuti pun x banyak so kalau korban..x de yg nak menolong.

Apa pun mama kena sesuaikan diri ngan ketiadaan anak anak..mana tau aku berada di luar negara..lagi syahdu....(berangan x habis)

Anyway..buat semua kawan kawan. .yang menyambut hari raya ini..selamat hari raya.

Aku? Layan movie..window shopping...tidur dan berehat utk 3hari

Nota: teringat arwah ayah...dia paling suka makan otak lembu dimasak kari or kerutup...best!

Comments

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...