Monday, August 27, 2012

tak salah menyukai seseorang....(untuk mr.jepun)

salam...

aku berjanji dengan mr.Jepun yang aku nak bercerita tentang hati dan perasaan aku padanya. Sejak aku mengenali dia dalam dunia BBM, aku mengaku aku menyukai dia. Well !! tak salah kan kalau kita menyukai seseorang dan aku berani katakan padanya yang aku suka dia..Walaupun aku tahu, dia sudah mempunyai keluarga dan memiliki anak anak yang sering dia ceritakan pada aku.

kenapa aku suka mr.Jepun.? Satu perkara yang aku lihat tentang dirinya adalah sifat 'cool' dia dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. Cara dia menangani masalah membuatkan aku suka. Selain dari itu..sifat 'papa' yang ada dalam dirinya, sedikit sebanyak mencuit hati aku. Always care about his kids.

sepanjang aku berkawan dengan dia..dia tidak pernah menolak untuk melayan kerenah aku yang mcm kebudak budakan. Seringkali aku merungut dan merajuk dengan dia namun dia berjaya membuatkan aku mengalah...

kenapa aku panggil dia mr. Jepun, sebab dia lama bekerja di jepun..hahaha relevan kan...Dunia bbm ternyata telah menemukan aku dengan dia. Dia adalah orang kedua yang cool selain dari mr. H.
Hakikatnya..aku hanya menyukai dia..keperibadiannya dan sikap dia serta layanan yang dia berikan kepada aku...dan hakikatnya aku sedar bahawa lelaki yang aku suka ini sudah ada isteri, anak anak dan another gf..(jgn marah ye..!!)

aku berharap..persahabatan kami berkekalan..serius aku suka dia sebab bila aku cakap aku suka dia..dia tidak pernah menolak perasaan aku secara direct dan masih melayan aku sebaik mungkin...syg awak!!
aku pulak jenis yang cakap direct..suka aku akan cakap suka...memang la risiko tinggi tapi..bukan kah kehidupan memang begitu..penuh risiko...either u like it or not...kann!!

untuk mr.jepun..tq sebab hadir dalam hidup i..tq sb buat i boleh merajuk manja dengan u dan paling penting u buat i semakin teringin untuk memiliki u..hahahahah( just in my dream...) :)

nota: berkali kali remove dia dari bb, merajuk dgn dia..cuba lupakan dia..namun tidak berjaya..akhirnya aku terus menerus menyukai dia..alah..tak kena bayar pun..just suka kan...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....