Tuesday, September 4, 2012

memori cinta luka..

salam..

bila tgk tajuk pun dah nampak jiwangnya..actually, itu tajuk lagu nasier wahab "memori cinta luka". entah kenapa lagu tu bermain dalam fikiran aku..hahah..muziknya boleh tahan..liriknya lagi la sayu..

Apabila mendengar lagu itu, aku jadi sayu dan mungkin itulah gambaran sebenar perasaan aku. Benarlah bagai di kata..tiada guna utk meratapi akan satu perpisahan namun hati tetap mahu di pujuk, perasaan tetap mahu di belai walaupun akhirnya rajuk jugak yang muncul.

kenapa setiap kali ada rasa...pasti ada harapan dan setiap kali itu jugaklah luka akan muncul . Bertahun bersama belum tentu menjaminkan kebahagiaan untuk selamanya...aku akui kata -kata itu.

Aku sering mengusir cinta yang hadir..menolak dengan baik - baik namun makian yang aku dapat sekiranya aku menolak cinta mereka. namun apabila pintu hati dibuka, mereka mensia siakan peluang yang ada...

Namun cinta tetap akan hadir ..sama ada aku mahu atau tidak....

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....