Monday, August 27, 2012

permulaan sebuah kisah...

salam...

hari ini aku dah start keje setelah 10 hari bercuti. rasa malas tu tetap ada namun aku gagahkan jugak kerana aku fikirkan bahawa inilah rezeki ku yang harus aku cari. Suasana mode hari raya masih terasa . Opis rasanya masih lengang dan mungkin ramai yang mengambil EL hari ini.

Keadaan diri aku juga masih tidak ada banyak perubahan. Suara masih lagi serak serak basah..(ala ala ella) dan mood aku masih lagi swing. Seharian bersama mr.Z tidak memberi impak apa apa malah aku merasakan bahawa segala tekaan aku dan perasaan aku terhadap mr.Z adalah benar..maka aku memulakan langkah untuk menjarakkan diri aku dari dia. aku tidak mahu terus menerus menipu diri aku sendiri. Perasaan aku terhadap dia menjadi hambar setelah dia melakukan sesuatu yang membuatkan hati aku sebal. Bila di fikirkan..aku rasa apa yang datin Zura ckp pasal aku memilih adalah benar dan aku tidak tahu sama ada sikap begini adalah baik atau tidak.

kisah bermula di pagi isnin dengan perasaan yang cukup bercelaru apabila aku mendapati ada org yang berhasad dengki terhadap aku dan segala yang aku ada. Subhanallah!! aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa masih ada manusia yang rupa saja baik, namun hati nya hitam dan busuk malah lebih hitam dari air longkang yang busuk. Tiada apa yang dapat aku komen tentang perkara itu kerana aku bukanlah manusia yang sempurna, tidak seperti bidadari yang cantik dan lawa..Aku adalah aku...

kehidupan aku, kisah peribadi aku, kisah suka duka aku , adalah hak milik cipta terpelihara aku dan Tuhan.

Bagi sesiapa yang memang tak puas hati dengan aku dan kehidupan aku..aku mohon agar datang bertemu dengan aku dan berbincang , luahkan rasa tak puas hati pada ku...agar andainya ada kesilapan yang telah aku buat..maka aku dapat perbetulkan, andainya ada kesalahan yang telah aku lakukan..maka maaf akan aku utarakan....

juga..aku mohon dan  agar hentikanlah membuat fitnah kepadaku, memburuk - burukkan aku di mata pegawai pegawai yang lain .

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....