Sunday, April 22, 2012

isu PTPTN: belajarlah menghargai sesuatu...

salam...

seminggu penuh dengan drama..audit dalaman dan kerja di pejabat, membuatkan aku tidak mempunyai masa yang berkuaiti untuk mengadap laptop dan update blog. rasanya ada satu isu yang ingin aku berikan pandangan kerana ianya melibatkan orang seperti aku..sebagai pelajar.

Isu PTPTN adalah sesuatu yang agak mengejutkan apatah lagi ada beberapa rakan blog yang membincangkannya...namun disini pandangan yang ingin aku luahkan adalah dari kacamata aku sebagai pelajar dan aku seharusnya mempertahankannya walau apa pun yang berlaku.

umumnya sudah mengetahu bahawa PTPTN adalah satu tabung yang memberikan pinjaman pengajian kepada pelajar yang berjaya masuk ke IPTA dan IPTS..dan aku adalah salah seorang yang memohon untuk mendapatkan pinjaman itu. Kenapa aku perlu kan pinjaman pengajian itu? kerana aku mendapat tawaran untuk sambung pengajian di Uitm secara epjj....ok...itu pasal aku ler..tapi yang aku tak faham bagi mereka yang memperjuangkan sesuatu untuk memansuhkan PTPTN. Kenapa harus begitu..sedangkan itu adalah kemudahan yang sepatutnya di hargai yang telah di berikan oleh kerajaan?  Seingat aku , waktu zaman susah..nak belajar melanjutkan pelajaran ke universiti, ibu bapa sangggup bergolak bergadai untuk memberikan segala kemudahan yang diperlukan oleh si anak..tapi yang pasti..ok..aku cakap yang pasti anak yang di taja hasil gadaian tanah mak bapak..berjaya dalam pengajiannya...itu yang pasti k..

apabila PTPTN  diperkenalkan..adik aku , salmee..merupakan salah seorang pelajar yang mendapat pinjaman tersebut. Syukur tak terhingga kerana, waktu adik aku masuk Uitm..mama bergelar ibu tunggal dan masih banyak tanggungan yang perlu di fikirkan. Oleh yang demikian, dengan duit PTPTN, mama sudah tidak risau ttg pengajian adik aku , dan sudah tentu adik aku, berjaya menunaikan harapan mama untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam pengajian. Senario yang berlaku sekarang...berbeza sangat. Pelajar yang mendapat duit pinjaman PTPTN , sekarang ...selepas tolak yuran..mereka menggunakan duit itu dengan membeli pelbagai barangan dari gajet sampailah ke pakaian yang branded..itu kenyataan...

bagi aku, memansuhkan PTPTN adalah sesuatu yang tidak patut kerana dengan PTPTN , ramai anak orang miskin, mampu belajar ke menara gading sama seperti anak orang kaya..bahkan aku merasakan dalam dunia ni...tak akan ada yang percuma..semuanya kena bayar..so..bila tiba masanya..bayarlah semula...segala pinjaman PTPTN ...tak susah kot...

aku berharap..kerajaan tidak akan memansuhkan PTPTN..kerana aku masih ada cita-cita untuk sambung pengajian ke level Sarjana..dan hanya PTPTN yang aku harapkan untuk membantu aku mencapai cita-cita aku. Bagi yang tidak mahu PTPTN...so u all boleh belajar dengan duit mak ayah u all...maklumlah u all anak orang kaya semuanya...bukan macam aku dan rakan-rakan yang lain yang sememangnya dari keluarga yang tidak kaya.....

Isu ini isu remeh..bg yang tak nak pinjaman PTPTN..so..tak yah la isi form pinjaman dan bg yang nak pinjam (.macam aku ler)..aku akan sentiasa berharap agar di beri bantuan sebegitu..dan yang paling penting bagi yang dah guna secukupnya pinjaman PTPTN..bila kena bayar balik...SILA BAYAR BALIK...boleh di gunakan oleh adik adik yang sedang berjuang dalam exam SPM dan STPM ...untuk mencapai cita -cita...


note: Paling best ...kalau rasa macam kat Malaysia ni susah sangat ..itu tak kena, ini tak kena, itu salah , ini salah..apa kata orang yang banyak merungut itu..berhijrah jer..duk kat luar negara..habis citer..heheheh...

2 comments:

  1. deno suka sangat dengan emtry ini. yup! i'm agree with you.!!! high five! :)

    deno sangat bersyukur dengan adanya pinjaman yang disediakan kerajaan. keluarga deno bukan orang senang ditambah pula deno sakit, setiap bulan kos rawatan beratus-ratus.. nasib baiklah ubat-ubatan diberikan percuma..

    dengan bantuan pinjaman PTPTN juga, dapat membantu deno belajar di uitm.. bersyukur sangat!:)

    deno pun setuju, kalau yang tak tahu bersyukur sangat tu, lebih baik berambus je dari malaysia nie... baru tahu macam mana susahnya di negara orang... kan?

    ReplyDelete
  2. tq deno..itulah hakikatnya...dah dapat pelbagai kemudahan masih merungut..so kumpulkan je yang merungut dalam negara malaysia n minta mereka berhijrah je..senang..

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....