Wednesday, April 25, 2012

movie: bunohan...yang tersirat dan tersurat..

salam..

aku berpeluang menonton satu filem karya Dain Said ..Bunohan. Apa yang membuatkan aku teruja melihat cerita ini adalah kerana ianya adalah versi kelantan sepenuhnya.Namun walaupun aku orang kelantan, pernah dengar 'bunohan' tapi tak pernah pergi pun..hahaha...

secara keseluruhannya..aku berpuas hati dengan jalan ceritanya dan apa yang menarik adalah yang tersirat itu akhirnya dapat di ketahui apabila di hujung ceritanya. Apabila melihat filem ini, teringat filem filem seperti 'jogho' ( yang versi kelantan) . Unsur-unsur yang ada dalam filem ini sebenarnya merupakan perkara sebenar yang berlaku di sekeliling kita.. bukan saja berlaku di kelantan. Meletakkan tanah dan kick boxing sebagai satu tema yang kuat..berjaya menarik perhatian..apatah lagi tanah dan kick boxing adalah sesuatu yang di kaitkan dengan orang kelantan.

Gabungan pelakon lama dan baru membuatkan cerita ini lebih terkesan. Aku suka mendengar Bront Palarae, Faizal Hussein, Zahiril Adzim bercakap dalam loghat kelantan. Aku salah seorang peminat Bront Palarae dan Faizal Hussein merasakan mereka berdua ada chemistry bila berlakon.
Apabila semua orang berbalah , bergaduh, saling berbunuh bunuhan..yang untung adalah 'Bakar' dan 'Jolok'...kerana mereka ibarat duri dalam daging... dan paling keji bila sanggup membunuh ayah sendiri kerana tanah...

 Tahniah kepada DAIN SAID kerana mengarah sebuah filem yang baik dan penuh dengan unsur unsur kemanusian. 

Ini hanyalah pandangan aku adalah sebagai seorang peminat filem dan mungkin orang lain mempunyai pandangan yang lain...berbeza. Sebuah filem yang perlu duduk, tgk, fikir, nilai dan akhirnya barulah yang tersirat itu dapat di mengertikan...



















note: mata tak lepas dok tgk Bront Palarae..hmmm sukanya bila dia cakap loghat kelantan siam....hmmm....(ikon lop lop)..hahahhaa

image kredit to (galaxieblog.com) ...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....