Kerinduan seorang anak

Salam ramadan...
Aku mmg jarang berceloteh di blog ini apatah lagi sekarang perlu perhatian pada anakanda tersyg...baby fayyadh.
Cerita aku kali ini pastinya ttg arwah ayah..entah kenapa ramadan kali ini ingatan terhadap arwah ayah kuat sgt apatah lagi selepas aku bersalin...xdpt dia nak tatap cucu lelaki dia.
Ayah yg aku kenal..seorg yg cukup tegas, garang, which is sedikit sebanyak perangai dia ada dlm diri aku.
Ayah,
Alangkah bahagianya kalau ayah masih ada...sambut ramadan bersama..siapkan makanan kegemaran ayah..gulai lemak kuning ikan tenggiri dan air minuman kegemarannya , nescafe panas yg kaw dan yg manis. Masih terbayang wajah ayah..ya allah rindunya...
Ayah,
Andainya ayah masih ada...pasti masalah yg timbul tidak akan berpanjangan. Anak lelaki ayah ada 3..abg din...juga turut menjejaki langkahmu..abang man...satu satunya abg yg tinggal dan adik bongsu yg sedang membina karier dia. Masalah disini adalah abang man...dia anak kesayangan ayah..bahkan disebabkan terlalu dimanjai oleh ayah...maka kesannya berlaku sekarang. Apa pun abg man sudah tidak mampu menjadi abg pada kami adik adik. Sepatutnya abg man yg menjadi tempat rujuk..sebagai abg..dia sepatutnya menyatukan keluarga..pemberi semangat ...namun hidupnya dlm kegelapan dan dia akan terus gelap. Sayu bila dia semakin hilang dlm dunia keluarga ayah..dalam hati dia...kami semua sudah xberguna pada dia...
Ayah,
Rindunya pada ayah tak tertanggung..semakin rasa rindu tu dtg..semakin sakit dihati mencengkam rasa kerana terlalu banyak perkara yg ingin dikongsi..namun Allah lebih sygkan ayah...dan sememangnya ayah milik allah...xboleh dipertikaikan.
Ayah,
Kini anakanda dh berkahwin dan alhamdullilah suami dan keluarga mertua baik baik semuanya. Syukur kerana dpt berkongsi kasih pada ayah mertua..semoga dpt berbakti kepadanya...insya allah.
Ayah,
Damailah disana. Tiada doa yg anakanda titipkan selain semoga allah ampunkan segala dosa dosa ayah dan semoga ayah berada dikalangan org org beriman...aminnn





Comments

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...