Cerpen (kisah benar) : Demi cinta ini...

salam...

hari ini aku ingin berkongsi satu cerpen berdasarkan kisah benar..kisah seorang rakan  ...semoga ianya memberi hiburan pada pembaca - pembaca blog aku...

Suasana di Restoran Al Rafi agak bising namun itu semua tidak memberi apa apa tekanan pada aku untuk berdepan dengan Ady. Apabila dia datang menjemput aku di rumah, aku sudah bersedia dengan apa jua yang berlaku antara aku dan dia. Hubungan kami terpisah sejak beberapa bulan yang lalu tanpa aku ketahui kenapa dan mengapa. Cuma yang aku tahu…dia marah pada sikap aku yang terlalu demand tentang masa padahal aku sudah tahu dia bekerja dan memerlukan komitmen masa .
“Kenapa u tinggalkan i? Apa salah I sampai u tinggalkan I tanpa sebab..telefon tak angkat, sms tak balas, inbox tagged tak berjawab..apa sebenarnya yang berlaku?” Aku memulakan bicara. Kiri kanan aku, semuanya sedang menikmati makan malam sambil menonton siaran langsung perlawanan bola.
Ady masih mendiamkan diri. Lelaki didepan aku adalah lelaki yang aku cintai..sungguh! Aku terlalu gilerkan dia!
“Cakaplah sayang..” Aku merayu lagi setelah melihat Ady masih tersenyum.
“I jauhkan diri dari u kerana I takut..” Kata-katanya terhenti disitu..
“Takut apa?” Aku memintas kata-katanya.
“I takut seandainya I melukakan hati u, tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada u , tidak dapat berjumpa dengan u dan I tak boleh ada bila u perlukan i..”
Apabila mendengar kata-katanya, hancur hati ku..serius..aku terluka..dan kelukaan ini adalah untuk sekian kalinya.
“Tapi u dah buat I terluka..now I’m hurting” Aku cuba mengawal perasaan aku..
Ady mengenggam tangan aku..cuba sedaya upaya memujuk aku..Kami bertentang mata..dan aku tahu..dia masih sayangkan aku..
“Sayang..jangan la macam ni..u boleh dapat lelaki yang lebih baik dari i..u deserve better person..” Pujuk Ady..
Aku menggelengkan kepala..
“No! It’s u yang I nak ..i bukan nak orang lain…OMG! U tau tak betapa menderitanya I ..kerana kehilangan u” Aku mula meninggikan suara.
Seketika baru aku perasan ada yang sedang memerhatikan gelagat kami. Aku peduli apa!
Ady tahu perasaan aku pada dia..dan aku mahukan segala persengketaan aku dengan dia berakhir malam ni jugak.
“I tak tahu kenapa I gilerkan u..i nak kat u..i tak peduli apa org lain cakap ataupun apa yang u fikirkan..remember tak..pada pertama kali kita bertemu..our first date kita..u yang declare hubungan kita..u yg cakap kita akan berusaha utk hubungan ini..but then..u hilangkan diri…! “ Aku berleter…memang aku nak luahkan segala-galanya malam ni
“I tau  dan I akui..i yang silap..tapi I tak nak buat u terluka dan I tak sangka selama ini u terluka…u tau tak I ni sapa? I kan suami orang…I ada isteri!” Jelas Ady..
“So what? Apa yang peduli dengan status u? U leh kawin 4 kan..dan I nak kita kawin..i sanggup bermadu demi cinta kita..”
Ady semakin kuat menggengam jari jemari ku.. terasa kasih sayang itu mengalir antara kami.
“I rela menderita demi u..! U tau tak..sejak i tau u merajuk dan marah pada i..i tak dapat nak terima hakikat itu..dan I cuba untuk menghubungi u..setiap malam I menangis kerana u…dan setiap malam I tgk picture u sambil menangis..” Aku mula sebak…ye..itulah yang terjadi beberapa bulan lalu. Tanpa aku sedari…air mata aku mengalir laju, tak mampu nak menahannya lagi. Ady hanya melihat aku menangis. Dia menghulurkan tisu kepada ku . Aku dah tak kisah dengan orang sekeliling..
“Sayang..tolong jangan menangis..i tak pandai nak pujuk”
Seketika..aku dan dia hanya mendiamkan diri. Aku lihat, Ady berfikir panjang..mungkin dia mahu katakan sesuatu..
“Apa yang I ada sampai u terlalu gilerkan I” Soal Ady, kehairanan..
Aku ketawa kecil..
“Sebab u tak de apa  apa lah..maka  I jatuh cinta pada u..i giler kan u..i angaukan u” Jelas aku .
Masa sudah menunjukkan jam 1130 malam. Aku hanya ada setengah jam lagi untuk aku menentukan hubungan aku dengan ady.
“So..apa keputusan u syg”
Ady melepaskan keluhan. Dia masih merenung wajahku..masih memandang pada ku..
“I tak nak lukakan hati u..i takut I x leh berikan komitment pada u”
Entah kenapa..hati aku membara..marah. Aku penat dengan kata-katanya.
“Oklah..fine..so I nak u lupakan I dan u jangan ganggu hidup I lagi” Bentak ku sambil berusaha untuk bangun.
Ady menahan aku dari terus bangun..
“U..jangan la macam ni…I sayang u.kalau i taknak hubungan ini..i tak cari u..i tak merindui u....”
Akhirnya kata-kata itu diucapkan juga..
“Syg..i sanggup jumpa isteri u!..i sanggup jelaskan pada dia bahawa u bukan lelaki yg curang tetapi I yang tergiler-gilerkan u dan I yang terlalu cintakan u..”
Ady hanya tersenyum.
Kami meninggalkan restoran itu..tanpa ada kata putus…sepanjang perjalanan ke kereta, ady tidak melepaskan tangannya dan sesekali dia memeluk bahuku.. seriously…aku tidak sanggup kehilangan dia..
Mungkin kerana perasaan rindu dan kasih itu terlalu mendalam, Ady tidak terus menghantar aku pulang..kami mengambil keputusan untuk pusing pusing area shah alam.
“Boleh tak bagi I peluang “ Tiba-tiba..Ady bersuara.
Aku terpana seketika. Aku memandang tepat pada wajahnya..
“Syg..peluang itu sentiasa ada untuk u dan i sentiasa menerima cinta u...syg”
“Tq sebab bagi I peluang..dan  I nak cuba untuk kali kedua…hubungan kita..i janji..i takkan luka kan hati u lagi..”
Akhirnya…Ady bersuara. Perkataan yang aku tunggu tunggukan ..ayat yang aku idam idamkan..akhirnya..aku menangis dalam pelukan dia..dan keretanya meluncur laju…
Terima kasih Ady kerana hadir dalam hidup ini...i love u ady...

psssttt..ok tak cerpen ini..para pembaca tolong bagi komen ye..
xoxo..rfa..



Comments

  1. erm,,,, at the end of the day u make the same result and only u know what the end of this story,,, all of it still the same.....

    ReplyDelete
  2. cik chentai aku seadanya...ini satu kisah...ok...baik atau buruk ...takdirnya hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...