Thursday, December 26, 2013

Staff MAYBANK kena attend kursus macamana nak bezakan Kad Pengenalan dengan Kad ATM!!!

Salam...

Tengok tajuk entry aku punyalah panjang..gara-gara urusan yang aku buat pada hari ini adalah berkenaan dengan Maybank..

Ceritanya begini...

aku terpaksa menukarkan kad baru kerana kad yang sedia ada telah expired..so pada hari ini 26/12/2013 aku telah ke maybank , cawangan TTDI Jaya , untuk prose penukaran kad, bersama azlin..dan aku adalah pelanggan yang pertama  (6001) untuk kaunter pertukaran kad tersebut. Apabila number aku dipanggil, aku kemukakan kad pengenalan dan kad lama aku ..dan setelah proses semua selesai, pegawai tersebut telah memberi sekeping kertas untuk aku tandatangan dan catatkan num telefon aku. Pada masa aku tengah menulis, aku dengar dia berkata " kak..kad lama saya potong ye"..dan aku jawab ye...suddenly bila aku dongak , aku lihat mukanya berubah...seolah olah serba salah...berikut adalah perbualan aku dengan dia..,

aku: kenapa cik..saya salah tandatangan ke?

pegawai maybank: er...saya minta maaf kak, saya tersalah potong ic akak.."

aku: **speechless**

pegawai maybank: saya minta maaf kak, saya tak sengaja...saya minta maaf...

aku: er...camna leh jadi camni...(menahan kemarahan)

azlin menghampiri kami..dan dia juga terkejut melihat IC aku yang dah kena potong...

pegawai maybank: saya bagi duit kat akak..buat IC baru..

aku: lama jugak nak dapat IC baru..hmm

pegawai maybank: tak kak..sejam dah boleh dapat..buat kat Plaza Masalam

aku: awak ni dah kawin ke?

pegawai maybank: *sambil menghulurkan angpau , duit gantirugi* saya dah kawin..

aku: mesti malam tadi awak gaduh ngan laki awak..

pegawai maybank: eh..taklah..kak..saya minta maaf banyak banyak( sambil memegang tangan aku)



semuanya aku catatkan kerana aku memang nak buat aduan berkenaan perkara ini.

Isunya sekarang..adalah kecuaian yang telah dibuat oleh dia, telah membuatkan masa aku dan azlin terbuang begitu saja. Dari mula, aku plan, urusan ini boleh selesai dalam pukul 10 pagi..alih alih kami berdua terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara DAN urusan ini selesai hanya pada pukul 12 tghari. Azlin yang sememangnya tahu perangai panas baran aku..cuma menenangkan aku dan akibat menahan kemarahan yang teramat sangat..aku mula kena sakit kepala.

Buat MAYBANK...mungkin kena adakan kursus untuk membantu staff staff maybank mengenal pasti dan membezakan KAD PENGENALAN DENGAN KAD ATM...supaya tidak tergunting kad pengenalan orang lain

Buat aduan? baru je siap buat aduan ke Maybank..dan semoga mendapat perhatian yang sewajarnya..


psstt....mujurlah azlin ada..kalau tak semua urusan pending...TQ adik Lin...muahhh
        ....oppss lupa nak bagi tahu..pegawai tu bagi duit gantirugi RM 50.00...hmmm compare ngan  
             masa yang telah terhabis...adusss..x berbaloi


xoxo
RFA







2 comments:

  1. Maaf tp bila membacanya sy ketawa.. Ia lucu krn xsangka masih wujud hal begini.. Tp jika sy berada ditmpat dan situasi awak mungkin perang dunia ke 3 akn meletus.. Wah boleh saman kot Puan Suraya tue.. Kecuaian dlm beururusan dgn client..

    ReplyDelete
  2. Tu lah masyarakat yang baru nak bandar.Mana nnya budi babahasa... MManusia tidak pernah yang terbaik.. Agama pon dah ajar

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....