Friday, January 11, 2013

Sejauh mana kita menerima dugaan dari NYA

Salam..

hari jumaat yang berkat ini, aku nak berkongsi kisah tentang dugaan dari Allah yang mana aku yakin bahawa setiap insan di muka bumi ini akan menerima dugaan dari NYA. Aku terpanggil untuk share kerana aku menerima dugaan demi dugaan sehinggakan aku merasakan bahawa aku adalah manusia yang paling malang di dunia ini. Pernah aku marahkan Tuhan kerana diberi dugaan sebegini ! Astaga..aku cepat cepat bertaubat mohon keampunan dari Tuhan.

Sepanjang tahun 2012 aku menerima banyak dugaan, yang mana aku di fitnah. Tuduhan demi tuduhan yang di lemparkan oleh individu tertentu yang sememangnya suka melihat aku jatuh..malah apabila aku sendiri mendengar apa yang di perkatakan oleh dia , aku hampir hampir gelap mata.  Aku menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan perhatian dari ketua ketua di pejabat. Subhanallah..kalau iman dan tahap kesabaran aku tidak kuat...pastinya aku akan pergi bersemuka dengan dia dan soalan pertama yang aku nak tanya..."i ni ada hutang ke dengan u sehingga kan u sebarkan fitnah sebegitu pada i?" Berjurai airmata aku bila aku kenangkan apa yang mereka buat terhadap aku.

Syukurlah aku masih punya kekuatan ..dan kekuatan yang aku perolehi selain dari Allah adalah dari mama dan sabahat -sahabat baik ku..aklima, kak long dan kak ani. mereka semua memberi aku satu kekuatan yang luar biasa sehinggakan aku mampu berdepan dengan tohmahan sebegitu. Penutup 2012, aku di sabotaj sehingga aku terpaksa membuat satu laporan polis untuk menjaga kepentingan aku.

Sejauh mana kita menerima dugaan dari Nya? Aku akui aku seorang yang mudah tersentuh , mudah menangis dan mudah lemah semangat namun aku sendiri tidak sangka bahawa aku boleh hadapi dugaan itu..kerana aku yakin bahawa aku berada di pihak yang benar dan aku di aniayai. Setiap kali aku solat, yang aku mohon agar Tuhan memberi kekuatan kepada aku untuk berdepan dengan dugaan yang diberi dan aku tahu bahawa setiap dugaan yang aku terima, adalah tanda kasih dan sayang Tuhan kepadaku.

Kalau dulu aku merasakan bahawa aku adalah manusia paling malang dalam hidup..kini aku tahu bahawa aku adalah insan yang paling bertuah kerana Tuhan Maha Penyayang...

Bagi insan -insan yang senantiasa menyusun strategi untuk menjatuhkan aku, mengaibkan aku, menyebarkan fitnah, berhasad dengki padaku, aku hanya mampu melahirkan rasa simpati yang tak terhingga kerana kalian semua tidak merasa takut tentang balasan -balasan terhadap dosa menyebarkan fitnah, dosa mengaibkan orang dan dosa berhasad dengki.Cuma aku tidak mampu menjadi seorang pemaaf...kerana aku tidak mampu maafkan kalian semua...sehingga aku mati dan kalian akan tanggung dosa sampai bila bila..

Semoga tahun 2013 aku akan menjadi lebih kuat, lebih kental ..Insya Allah...amin


xoxo love
rfa..

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....