Wednesday, May 15, 2013

antara SHAZ JOHAR dan SOPHIE KINSELLA...

salam...

 sejak dua menjak ni..panas membahang je kat shah alam membuatkan setiap malam, tidur ku terganggu dek kepanasan yang melampau..tapi ayat best kawan aku..itu baru panas dunia..bukan panas neraka lagi..kalau panas dunia dah tak tahan..camna dengan panas di neraka..waduh..sentap  giler aku dibuatnya..!! hahahaha

anyway my entry kali ni pasal novel.. semalam aku memborong novel yang aku idam idamkan..aku adalah peminat penulis novel ' Sophie kinsella' dan buku buku keluaran FIXI.


Buku yang kat  atas ni..aku habiskan bacaanya malam tadi juga..sebab bila dah start baca..tak boleh berhenti. Every pages membuatkan aku semakin galak untuk membaca dan sedar tak sedar..aku hanya berjaya habiskan dalam beberapa jam saja. Shaz Johar , walaupun penulis lelaki tetapi berjaya mencipta watak seorang wanita dengan jayanya. Dua kisah dalam satu novel , kalau novel english, dah tak asing lagi.. tapi bagi novel melayu agak jarang kita jumpa. Nak review pasal kisah ni..aku rasa tak thrill la pulak..bagi suspen sikit..hehe..kalau orang macam akak aku, si Zura tu , sure di tak baca buku camni..sb yang aku tau..akak aku tu suka ayat jiwang jiwang yang sayu mayu...menyulam mimpi.. 

Untuk kekawan, aku cadangkan korang beli buku ni sebab kisah nya kisah realiti..bahasanya bahasa yang kita gunakan sehari hari dan bukannya berbunga bunga. satu lagi koleksi buku keluaran FIXI yang aku ada..tajuk " KELABU" , penulisnya NADIA KHAN..yang tu pun best..

pic crdt to mr. google

Sophie kinsella, salah seorang penulis kegemaran aku..paling aku suka tentang novel dia adalah kerana bahasa yang digunakan simple, so semua orang akan mudah faham. Wedding Night , adalah buku terbaru beliau. Belum start baca lagi sebab aku nak hbskan buku Shaz Johar dulu..hehehe..

Apa pun...dengan membeli buku-buku yang aku suka membuatkan aku hilang stress.. kat bilik..timbunan buku sudah sampai sepatutnya membeli kabinet khas untuk buku..hehehe...

Psssttt...membaca membuatkan aku berada di dunia lain..and i feel soooo goood..

xoxo..
rfa...


1 comment:

  1. Check out our collection of english novels and cildrens books.. Shopaholics, cecelia ahern, john grisham, etc... Ask for discounts...
    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....