Tuesday, May 7, 2013

sendirian itu lebih baik.....

salam...

3 hari cuti..memberikan aku banyak masa untuk aku berfikir..malah aku tidak keluar jauh dari rumah aku..hanya ke giant shah alam dan paling dekat...7 eleven..hehehe..

sudah 6thn aku hidup solo..tanpa kehadiran suami di sisi...sunyi? sepi? setakat ni aku masih mampu menghalang sunyi dan sepi itu memasuki dunia ku..namun aku tidak tahu akan datang..mungkin sunyi dan sepi itu akan muncul...Buat masa sekarang..aku sibukkan diri dengan kerja, kuliah dan aktiviti bersama kawan kawan...cuma terdetik di hati..sampai bila aku harus begini..sampai bila aku nak habiskan masa macam tu sedangkan usia semakin tua dan aku tidak memiliki zuriat untuk menjaga aku kelak..status janda bukanlah sesuatu yang memalukan bahkan aku bangga kerana walaupun status aku janda..namun aku berjaya berdikari..berusaha untuk move on..tak seperti sesetengah perempuan yang malu untuk mengaku janda..padahal ianya lebih baik dari dikatakan perempuan gile talak..hahahaha

ramai yang bertanya..kenapa aku tak kawin? memilih sangat ke ? lelaki yang camna yang aku cari? itulah ayat yang sering di utarakan dan aku tetap mengatakan bahawa kalau ada jodoh..adalah..namun hakikatnya aku takut dengan perkahwinan. Takut ianya tidak seperti yang dirancang dan takut seandainya rumahtangga yang aku bina tidak bahagia..Hati ini sudah tidak mampu menerima segala kedukaan akibat itu.

Mungkin lebih baik aku bersendirian..melihat anak anak buah membesar..melihat sara dan icha semakin gedikz..hahaha.. dan yang pasti mungkin sendirian adalah lebih baik kerana hati ini tidak disakiti..

Sekarang aku tgh bahagia dengan cinta  ku..cinta yang sudah matang..masing masing tahu apa yang tersurat dan tersirat dan saat dia lafazkan yang dia cintakan aku..itu sudah cukup namun bila kisah kawin menjadi topik perbualan..aku jadi takut..terlalu takut kerana pasti aku akan kehilangan dia...

moralnya..jgn bicara tentang perkahwinan dengan aku..so aku akan secure dan tidak akan merasa ketakutan lagi..

semoga ada sinar baharu untuk aku dan semoga Tuhan memberi ruang dan masa untuk aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia..Insya Allah..

psstt...aku tak minta lelaki sempurna..kerana diri aku juga tidak sempurna..cukuplah kalau dia boleh melayan kerenah manja,sensitif,marah dan merajuk aku....hahaha


xoxo..rfa..

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....