Friday, January 18, 2013

nilai sebuah perkahwinan: kisah seorang lelaki yang nakal

salam...

hari khamis..adalah paper terakhir aku.. untuk semester ini. syukurlah..aku berjaya habiskan semester ini..walaupun hampir hampir putus asa dengan pengajian aku...Oklah..aku berjaya lupuskan perasaan itu dengan bantuan aklima...tq my frend...
oklah..aku nak bercerita tentang topic entry post aku..pasal lelaki dan kecurangannya. Baru - baru ini aku di dekati oleh seorang lelaki yang sudah beristeri. Dari ceritanya..aku tahu dia seorang lelaki yang nakal dan memang ada skandal diluar. Aku sendiri di ajak untuk scandal dengannya namun aku menolak dengan cara baik. Ini adalah kerana..aku merasakan dia tidak ada sebab untuk scandal. Bila aku gesa dan paksa dia..barulah dia jelaskan bahawa kenapa dia perlu ada scandal di luar...katanya..kononnya..dia kurang kasih sayang dari isteri dan isterinya seorang guru...Bila aku rasakan bahawa ada sesuatu yang pelik..aku bertanya dan terus bertanya...akhirnya dia jelaskan bahawa sikap isterinya berubah kerana pernah kantoi dengan isterinya ...ada scandal di luar dan sejak itu isterinya berubah sikap..dingin dan tidak mahu melayan kehendak batin suaminya...
Aku jelaskan pada dia..bahawa dalam soal ini ..kedua duanya bersalah. Si suami bersalah kerana ada scandal di luar dan si isteri bersalah kerana bersikap dingin dengan alasan untuk balas dendam.
Aku hanya mampu memberi dia nasihat agar memberi peluang kepada isterinya..berbincang dengan isterinya...kerana dengan cara itu saja yang boleh di lakukan. Namun ,aku jadi sedih kerana si suami masih dalam keadaan marah dan katanya..kalau ikutkan hati nak kawin dengan scandalnya di siam.
Aku katakan padanya..kalau dia mampu..dia boleh adil..then dia boleh teruskan perkahwinan itu...masalahnya..si suami tak mampu ..hahaha

aku berharap para isteri yang membaca blog aku ...agar berfikir sejenak dan muhasabah diri. Yes..ur hubby curang tapi bukan gitu caranya untuk balas apa yang dia dah buat. Bagilah layanan yang terbaik untuk suami agar suami gembira. Jangan kerana nak marah, tak pasal jadi isteri derhaka Tapi..kalau segala-galanya sudah kita lakukan namun suami masih curang..maka terimalah ia sebagai dugaan dari Allah....

aku juga berharap...para suami..sudah sudah la menyalahkan isteri dalam segala hal...bimbinglah isteri dengan sebaiknya. jujur dan bertanggungjawablah atas apa yang berlaku..
Kalau tanya pandangan aku..kalau di hati sudah tiada perasaan cinta..sudah tidak mampu untuk duduk satu rumah..maka perceraian adalah satu cara yang di cadangkan. Tak perlulah paksa diri kalau tidak mampu membahagiakan pasangan masing masing....



psssttt: suami nak kawin lebih dari satu..kalau dia berjaya dapat kebenaran dari isteri pertama...maka dia seorang lelaki yang berani ...gud to hear that..
xoxo
rfa...

5 comments:

  1. ada gak dengar kisah mcm ni. selalu alasan lelaki nak berskandal sebab isteri.tak pernah nak salahkan diri sendiri..hehe

    dua2 mmg bersalah dalam hal ni.pttnyer dua2 kena cari jln penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. betul tu nik.. masing masing kena muhasabah diri dan kenal pasti masalah..barulah rumahtangga akan jadi bertambah harmoni..ini asyik dan salah menyalah je

    ReplyDelete
  3. takut pulak bila baca this entry and based on real story lak tuh
    sepatutnya both of them kena musyawarah dan capai kata sepakat
    dan suami pun mesti ada willingness utk berubah ke arah kebaikan
    *tak paham kenapa lelaki perlu ada skandal sedangkan dah ada yg halal...... hmmmmmm*

    ReplyDelete
  4. memang la scary...sebab realiti tak seindah dan menarik yang dalam cerita.. memang kena la bermuhasabah diri je..si suami tu ada gak bgtahu yang dia dah berusaha untuk berubah namun si isteri tidak mahu memaafkan dia so dia give up ..itulah yang terjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe isterinya jenis loyal so once husband broke it susah nk let bygones be bygones.
      tapi cam xde kesudahan klu it continues tapi xde worth-making decision. haih. harap2 x berlaku pada kita
      #iktibar

      Delete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....