Monday, October 28, 2013

cinta itu buta...kan..?

salam..

pagi Isnin yang cukup sejuk dan dingin..sebab smlm hujan sampai ke malam tadi...mood nak keje..standard ar..malas...tapi kalau duk kat rumah pun bukannya ada apa so better duk kat opis.

aku memulakan hari dengan coretan tentang cinta..hahaha...bak kata cik Luna.."arfa..mana pernah tak bercinta?...the question is ..dengan sapa?.." thanx sis sebab notice gak perangai I kan. Well hari ni aku nak citer pasal .."cinta itu buta".

Ramai orang yang jatuh cinta, menyimpan perasaan cinta dan bercinta. Beruntunglah bagi mereka yang memiliki cinta yang diberkati. Dalam dunia ini..ramai yang jatuh cinta pada orang yang salah (pada pandangan orang lain ) dan inilah yang dikatakan cinta itu buta. Banyak kisah yang aku dengar dan aku lihat, membuktikan mereka hanya perlukan cinta dalam hati mereka ..the rest..mereka tak peduli apa yang ada di sekeliling mereka.

Situasi kisah cinta itu buta...

1. Seorang kawan..berusia 30-an bercinta dengan seorang lelaki yang berumur 40-an, masih belum kawin namun yang menjadi masalah adalah kerana kawanku adalah seorang pegawai yang berpangkat..dan kekasihnya ..adalah seorang security guard..Kerana inilah..maka mereka tidak dapat bersatu..perancangan perkahwinan terpaksa di tangguhkan kerana tanpa restu ayah sebelah perempuan. Bagi aku..yang cukup mengenali dia..halangan sebegitu tak sepatutnya ada. Mungkin hanya lelaki itu yang boleh menerima dia seadanya...dan yang penting mereka bahagia dan saling cinta mencintai..cinta itu butakan..? darjat bukanlah satu kepentingan untuk bahagia...

2. Seorang sahabat..juga berusia 30-an bercinta dengan duda..anak lapan...dan walaupun aku berusaha untuk memperkenalkan dia pada lelaki yang masih bujang..namun dia tetap tak nak. Dia hanya mahukan lelaki itu. Mungkin kerana dia merasakan bahawa lelaki itu saja yang boleh menerima segala kekurangan yang ada dalam diri dia. Itulah kuasa cinta...

3. Seorang lelaki yang begitu berusaha untuk menarik perhatian seorang perempuan..yang mana jauh lebih bagus dari dia..Perempuan itu seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan yang bagus..manakala dia bekerja sebagai budak penghantar barang..namun aku kagum dengan kesungguhan dia yang berusaha untuk memenuhi segala kehendak perempuan itu..berusaha untuk tidak membiarkan hati perempuan itu kecewa or terluka..

4. Aku sendiri..merasakan cinta itu buta kerana..aku menyintai abie..lelaki yang mempunyai bentuk fizikal yang besar..senang citer dia seorang yang gemuk dari aku..hahah namun aku sayang dia,,segala-galanya kerana dia...walaupun cinta kami dihalang dan masih tiada restu ibu bapa dia..namun dia sendiri memujuk aku dengan mengatakan bahawa semuanya akan selesai dan impian kami untuk bersama akan tercapai. cinta itu buta kerana aku melepaskan semua lelaki yang aku ada hanya untuk memiliki cinta dia..padahal lelaki lain lebih baik dari dia...namun..like I said..cinta itu buta kan..


crdt to mr. google


namun begitu..walau seluruh dunia tidak akan merestui percintaan sebegitu..namun yang penting hati serta saling cinta mencintai...

dan bagi aku..walaupun lelaki itu tidak kaya, tidak handsome, tidak ada harta yang melimpah ruah, tidak juga seorang yang very romantic ..namun cukuplah dia sentiasa ada untuk aku..sentiasa menggembirakan aku, bertanggungjawab, memenuhi segala keperluan dan kehendak aku..tidak pernah mengangkat tangan pada ku..dalam ertikata memukul or mendera aku dan yang paling penting dia mencintai aku sepenuh hatinya...dan di restui oleh kedua ibubapa kami ...itu sudah cukup. ... alhamdullilah...

pssttt..cinta...


xoxo..rfa

2 comments:

  1. Saya baru saja melepaskan suatu ikatan dengan penuh kepayahan dlm membuat keputusan utk melepaskan.. Bila si dia tidak mampu mencintai.. Sekarang hati tenang walau kadang2 rindu itu menusuk di hati.. Tabah la duhai hati ku..

    ReplyDelete
  2. sabarlah..apa yang penting..ketenangan. kalau amy baca entry saya sebelum ni..ada kisah bagaimana saya lepaskan semua cinta-cinta yang ada kerana tak mampu meneruskan. Insya Allah..akan ada cinta baru yang lebih baik

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....