Wednesday, February 27, 2013

Keputusan yang di luar jangkaan..alhamdulillah

Salam...

Bila bercerita tentang tajuk tu..aku hanya nak bercerita tentang apa yang telah aku buat dan keputusan yang telah aku buat sejak tahun baru..bermakna 2 bulan sudah...

Ramai kekawan yang rapat bertanya tentang bf aku..apa status aku sekarang? adakah single atau mempunyai bf..? Jawapan aku adalah..aku sudah tidak ada apa apa hubungan dengan sesiapa yang bergelar lelaki. Untuk berstatus ada BF...aku sudah tidak mampu menerimanya..kerana aku hanya berserah pada Allah, memohon agar diberikan seorang jodoh yang baik untuk aku.
BF yang aku miliki dulu bukanlah lelaki yang boleh aku harapkan untuk menjadi pembimbing aku, bukanlah lelaki yang aku harapkan untuk menjadi imam aku dan yang paling penting sayangnya tidak seperti yang aku harapkan. Bunyi nye macam memilih namun aku bertekad untuk melepaskan mereka semua kerana aku merasakan mereka tidak bersedia untuk aku dan aku tidak bersedia untuk mereka. Oleh itu..aku lepaskan mereka.

Keputusan itu aku buat setelah aku pertimbangkan dan aku halusi dengan penuh teliti. Solat hajat dan Solat Istikarah ..mohon petunjuk menguatkan lagi keputusan aku untuk meninggalkan mereka.

Syukurlah..kini sudah 2 bulan aku single...aku tenang..dan aman . Jiwa aku sudah tidak resah dan gelisah dan yang paling penting aku sudah tidak perlu untuk memikirkan tentang hati mereka, menjaga hati mereka dan tidak perlu lagi memikirkan tentang apa yang mereka lakukan.

Mungkin inilah keputusan yang di luar jangkaan..dan yang paling drastik pernah aku buat.

Buat lelaki - lelaki yang pernah singgah di hati ini..aku mohon ampun dan maaf kerana terpaksa meninggalkan kalian kerana sesungguhnya aku tidak sempurna dan tidak selayaknya untuk kalian. Aku hanya berharap , seandainya aku masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan Jodohku..maka aku berharap jodoh ku nanti adalah lelaki yang akan sentiasa menjaga aku dan maruahku serta akan sentiasa ada di depanku..untuk menjadi imamku...insya allah...

pic crdt to mr google..

psssttt..aku tidak cari harta or rupa..yang penting hatinya menerima aku seadanya

xoxo
rfa

1 comment:

  1. alalalala...
    takpe...

    insyaAllah , satu hari nanti ketemu judoh yang sesuai...

    kalau dah mmg dia tak sesuai..elok la putus sekarang..memang la sedih perit kan..?

    tapi..........

    lebih baik sedih sekarang drpd sedih kemudian hari dgn bonus menyesal tak sudah tahu..

    kita nih wanita..org perempuan..

    hurrmm..

    jaga diri bebaik sis..!

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....