Thursday, March 15, 2012

andai aku ada 'time machine'

salam...

sudah menjadi kebiasan..aku menulis berdasarkan suasana sekarang, sama ada aku di landa cinta, putus cinta, merindu, sayang seseorang or kisah semasa.. kali ini aku ingat nak share ngan u all pasal kisah kisah lama yang masih segar dalam ingatan aku..

1995, pada pertama kali aku melangkah keluar dari negeri Kelantan..sambil meninggalkan kenangan pahit di kelantan (cewahhh). aku melanjutkan pengajian aku di sebuah kolej ..SAL COLLEGE. Aku berjaya menyakinkan arwah ayah untuk masuk dan belajar dalam bidang sains komputer (masa tu bidang sains komputer amatlah baru dan popular kot)

persinggahan pertama aku adalah di USJ 14, kawasan perumahan teres dua tingkat yang masih baru ..dan kami di satu rumah tinggal...8 orang. pelbagai kerenah dan perangai ada disitu. maka bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar..aku masih ingat lagi..bas metro yang membawa kami ke area subang parade kerana kolej itu berada di kawasan  tersebut. apabila di ingatkan aku merindui kawan kawan yang ada di situ..cuma kini kami lost contact. paling yang aku rindui adalah MILLA.. indian gurl yang sentiasa ada bersama aku..dia memang baik dan ok.

merindui sahabat sahabat seperti kak el, patrina, yati (ada gak terserempak dengan dia di kl beberapa kali)..semua itu pernah bersama susah payah dengan aku..mesti  mereka lebih berjaya dari aku.

Ini yang malas nak mengimbau kenangan lalu ni...mesti tangkap syahdu..apatah lagi..banyak pengajaran yang boleh di perolehi . Zaman itu lah aku kenal ..lelaki yang sebenarnya, kenal erti persahabatan , kenal erti clubbing, kenal erti enjoy, dsbnya...

kalau aku diberi peluang untuk kembali ke zaman silam...dan membetulkan segala-galanya..maka aku nak kembali  kezaman sebelum aku keluar dari kelantan..kerana di situlah titik mula kehidupan aku berubah...dan aku tidak suka dengan perubahan itu. biarlah aku berada di kelantan, sekurang-kurangnya aku berada bersama keluarga.

nota: rindu gelagat mereka semua yang pernah potong pokok rhu di kawasan taman, nak tolong member nak sambut krismas...buat operasi malam malam..pastu siap hias dengan pelbagai hiasan krismas...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....