dimana letaknya nilai perikemanusiaan?

salam...

beberapa hari ini..banyak berita  berkenaan kematian kanak -kanak nurul nadira, yang ternyata di culik dan mayatnya di bakar. Kanaka-kanak berusia 5 tahun itu..adalah di antara mangsa -mangsa yang sebelum ini berlaku kes yang lebih kurang sama. Setiap titisan airmata rakyat malaysia serta doa masyarakat Malaysia tidak mampu mengembalikan mereka semua...


Nurin jazlin..kisahnya juga terlalu menyayat hati semua masyarakt Malaysia, khususnya..dan sehingga kini..pembunuhnya tidak dapat di kesan. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Ini adalah mangsa terbaru..kekejaman seorang atau mungkin lebih dari seorang pelaku yang membakarnya...Subhanallah..semoga rohnya juga dicucuri rahmat.


          Cuba menyelami hati seorang pembunuh yang sanggup membunuh kanak -kanak ini. Apakah di dalam hati mereka, tiada sekelumit rasa kasihan apabila memperlakukan mangsa-mangsa ini. Apa yang mereka mahukan pada kanak - kanak ini? Adakah kerana dendam terhadap ahli keluarga mereka yang lain, maka mereka yang terpaksa menjadi kambing hitam? Sewarasnya seorang manusia , tidak akan memperlakukan kanak -kanak comel ini sebegini..apatah lagi..mereka masih kanak kanak yang tidak tahu apa apa..Sukar mencari sebab musabab..sukar mencari alasan malah sukar mencari punca...kenapa mereka diperlakukan begini.

Kesimpulannya...pengawasan ibu bapa pada keselamatan anak -anak haruslah di perketatkan . Jangan leka seandainya anak - anak ada di luar rumah dan sentiasa memantau gerak geri anak anak. Curiga pada orang yang lalu lalang depan rumah . Selain daripada itu, sekiranya tahu bahawa kawasan perumahan adalah sarang penagih dadah dan seumpama dengannya maka harus lah tambahkan lagi pengawasan itu.

mungkin masyarakat sekeliling akan berkata/mengumpat konon anak anak di kawal ketat..tapi pedulikan kata mereka sb apabila anak anak jadi mangsa rogol,culik dsbnya, bukan masyarakat yang merasa bebannya.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

nota: teringat sessi bbm aku dengan salmee...

aku:  jaga qaseh dan qisha elok-elok..jgn cuai
salme: tetiba je ckp gitu naper
aku:  pasal budak yang kena bakar tu..aku bengang sb kecuaian mak dia la bukan orang lain
sibuk duk main facebook je..anak 5 tahun suruh beli makanan...kau jangan lepas mata kat anak anak "
salmee: insya allah x da
aku : aku bunuh kau ..kalau kau cuai.

gulp..tetiba aku lak yang emo lebih...hahaha...

Comments

  1. bukan mak dia dalam pantang lagi ke?

    ReplyDelete
  2. entahlah..tak tahu lak..tapi mak dia yg bg statement kata dia layan facebook...hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...