Saturday, March 17, 2012

apabila suami hilang pertimbangan

salam...
sebab terlalu sibuk dengan peristiwa ini, aku tak sempat tulis kat blog..ini baru ada masa....

pada 16.3.2012, lebih kurang kul 1.00 pagi, rumah bujang aku di ketuk oleh seseorang. pada mulanya, ct, member rumah yang mendengarnya. pada waktu itu, aku masih belum tidur , siapkan novel sambil layan lagu jiwang , siap pakai headset yang besar tu..so aku tak dengar apa apa ler ketukan..apabila dia bgtau aku ada orang ketuk..kami jadi cuak..very the...tapi kuatkan semangat la kononnya.
 apabila buka pintu separuh..kelihatan 3 lelaki berada dis itu. salah sorang kelihatan seperti gangster..siap pakai cincin dan bangle....adus..punya la seramnya...dia maklumkan dia mencari isterinya..yang ilang..siap tunjuk pic lagi..tapi kami yang dah panik+takut+cuak ni..terus cakap tak tahu !tak tahu!...n terus tutp pintu.
rasa takut membuatkan tidur kami tak lena...

esoknya..jumaat, aku minta guard datang..n beri penjelasan...sebelum aku nak buat report polis..yg mana satu perkara yang paling malas aku nak buat!!!

rupanya guard ni tahu pasal kes malam tadi..punya lah aku hangin sebab ternyata tindakan dia salah..semua salah. Aku  jenis yang banyak tanya dan cerewet so apabila jadi camni..banyak ler soalan soalan yang aku tanya dan banyak la yang tak dapat di jawab..padan muka ko ..sapa suruh ko cari pasal dengan aku!!!!

kisahnya..sekumpulan lelaki itu datangnya dari terengganu , salah seorang dari mereka mencari isteri nya yang dikatakan hilang dan kena buatan orang. rekod satelit celcom menunjukkan isterinya berada di area rumah aku ..yang tu aku tak nak faham sb macam x logik je. lelaki tu sudah di nasihati oleh semua kekawan dan polis yang ketika itu berada di pintu masuk PSA. tapi masih tak puas hati...akibat hilang pertimbangan diri..isteri dah lari...dia mohon untuk ketuk pintu umah kuarters..cari bininya...
pihak lelaki sudah memohon maaf dengan aku dan aku terimalah maafnye..sb aku kesian dengan lelaki itu..
aku cuma terfikir..kalau benarlah lelaki yang gangster tu yang ilang bini..no wonderlah..muka dah cam gangster..pastu tak leh bawak fikir..entah entah bini lari sebab dia kaki pukul ke apa ke ( alamak dah dosa sb tuduh brader tu)

nota: setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...bagi aku..kalau kes isteri  lari, isteri curang, isteri kurang ajar, isteri pemalas dan sebagainya..semua itu adalah didikan suami..so pandai pandailah manage keluarga ye cik abang...


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....