Thursday, March 8, 2012

AZRIN...cinta kita tak seharusnya memiliki

          Sudah agak lama tidak menulis kat blog . sibuk dengan trip ke langkawi dan urusan kerja membuatkan aku sukar untuk mengadap laman blog aku. Alhamdullilah, hari ni aku berkesempatan untuk berkongsi rasa tentang sesuatu yang berlaku dalam diri ku minggu lepas.

secara zahirnya aku memiliki seseorang yang jauh di mata...namun dekat di hati. AZRIN, lelaki yang sebenarnya menjadi rahsia hidup aku kerana dia seorang lelaki yang terlalu low profile dan aku sendiri sudah berjanji dengan dia untuk tidak bercerita tentang kisah cinta kami. Kisah cinta lama yang hanya bisa mendiami hatiku dan hati dia. Hubungan aku dan dia terlalu rapat namun waktu itu aku masih fobia dengan hubungan kerana baru lepas berpisah dengan suami..namun dia seorang yang tidak pernah give up..dan sentiasa memberi semangat pada ku..jarak umur 5 tahun (lebih kurang) tidak memberi halangan pada aku dan dia menjadi teman baik...

namun..hubungan sentiasa ada pasang surut dan entah di mana silapnya, kami bergaduh besar dan dia tidak berani untuk mendekati aku kerana dia takut aku akan terus menerus terluka. dan berakhirlah hubungan kami .

2010..dia muncul kembali dan berita yang aku tahu..dia sudah berkahwin. Jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana dia sudah berkeluarga walaupun sayang..namun disitu aku tahu bahawa cinta tak semestinya dimiliki.  Dan ketika itu dia berada di US..bekerja di sana. Hubungan persahabatan di hulurkan dan aku meneruskan hubungan sebagai kawan..just kawan.. Tapi tidak bagi dia kerana dia masih menyayangi aku dan masih tidak mahu melepaskan hubungan itu, Aku sedar aku bermain dengan api tetapi..cinta antara kami terlalu unik dan aku masih sayang kan dia.

kini..2012..

minggu lepas..aku terlalu merindui dia dan menjadi resah kerana aku merasakan dia di timpa masalah..dan ternyata instinct kami cukup kuat kerana semalam dia menghubungi aku dari Scotland ...dan saat aku mendengar suaranya..aku menangis kerinduan..(alamak jiwang siot). dia minta aku doakan dia selamat dan dia minta aku jangan fikirkan yang bukan - bukan. Aku seperti budak kecil..merengek mohon dia pulang segera.. kerana aku terlalu rindukan dia....

Insya Allah...dia akan pulang dan terus menetap di Malaysia. Aku menantikan saat kepulangan dia.. Aku tahu aku bukan isterinya...namun dia sendiri menyatakan bahawa...dia adalah milikku..untuk selamanya...

azrin...syg...i miss u..



No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....