Friday, March 16, 2012

Cinta di hati rajuk dijiwa- bab 1....sila komen


salam..

akhirnya aku reveal sikit novel yang dalam proses untuk tatapan kekawan. Ini adalah bab satu dalam cerita itu.. dan belum lagi di edit sepenuhnya.kalau ada yang rasa nak komen, dipersilakan komen 


" Setiap manusia diberi pilihan dalam menentukan kehidupan mereka. Sama ada pilihan itu adalah yang terbaik ataupun tidak..bergantung kepada manusia itu sendiri kerana ianya haruslah bijak dalam menentukannya. Sepanjang hidup, inilah satu – satunya pilihan yang boleh dikatakan berat dan sukar namun demi sebuah pengharapan dan cinta..dia harus akur bahawa cinta itu bukan milik dia. Pergilah jauh-jauh wahai cinta kerana aku sudah tidak memerlukan mu lagi! Itu yang sering dia ucapkan  demi memujuk hatinya
Adelia teringat akan saat –saat perpisahan itu. Edwin, lelaki yang amat di sayangi dan di cintainya namun bukan lelaki yang terbaik untuk dia. Setelah berbulan-bulan dia mengumpul bukti , barulah hari itu, dia berani berdepan dengan Edwin, memohon penjelasan agar segalanya berakhir dengan baik dan tiada lagi teka teki dalam hati ini.
Edwin terpaku apabila Adelia menunjukkan gambar-gambar mesra Edwin bersama  Ashwini
“ I can explain Adelia…pls” Edwin cuba memujuk dia.
“Explain about what? Actually I dah tahu dari dulu lagi u dengan dia..Cuma kali ini I rasa I perlu hentikannya..” Ujar Adelia tenang. Dia memohon agar diberi kekuatan dan Tuhan Maha Mendengar. Apa nak jadi, jadilah! Tekad Adelia dalam hati.
Edwin hanya membisu seribu bahasa. Dia sendiri tidak menyangka yang Adelia mempunyai kekuatan untuk berdepan dengannya.
“Sayang...I’m so sorry..I..I…er…” Edwin kaku tanpa mampu bersuara. Dia tahu dia bersalah. Dia tidak sepatutnya curang. Dia memang sayangkan Adelia
“Apa salah I? “Soal Adelia lembut.
“U tak ada salahnya Cuma I tak tahu kenapa I juga suka pada Ashwini..tapi I tetap sayang dan cintakan u.” Jawab Edwin seolah –olah merayu.
“Senangnya u cakap kan ..cintakan I , sayangkan I, sukakan dia..u ingat I ni apa? Teman tapi mesra u ke?” Adelia semakin hilang sabar. Namun dia masih dapat berfikiran dengan waras.
Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Adelia masih merenung tepat pada wajah Edwin . Manakala Edwin sukar untuk bertentang mata dengan Adelia kerana dia tahu dalam soal ini dia yang bersalah.
“I minta maaf sayang..i janji I tak akan curang pada u lagi..” Kata – kata Edwin ibarat pisau yang menghiris hati Adelia. Mana mungkin dia menerima lelaki yang tidak  pernah hargai kasih sayang yang selama ini dia berikan.
“Hubungan kita putus..i tak nak terus menerus di permainkan oleh u” Kata putus dari Adelia membuatkan tiba-tiba hati Edwin sebak. Dia tidak merelakan perpisahan ini.
“Come on Sayang..jangan la macam ni..bagi I peluang kedua ok..I janji I akan berubah”
Ayat-ayat yang keluar dari mulut Edwin membuatkan Adelia seakan akan ingin menjerit.
“Dear..i dah tak sanggup!! Please! “ Kali ini Adelia pula yang merayu.
Adelia berpeluk tubuh, mencari kekuatan untuk berdepan dengan satu kelukaan .
Edwin menarik tangan Adelia, lantas menggengamnya erat.
“I love u so much Adelia..”ujar Edwin.
Adelia menarik semula tangannya.
“Mulut u cakap sayang pada I tapi hati u pada perempuan lain..apa maknanya ini semua?”
Edwin sudah mati akal. Dia berusaha untuk memujuk dan merayu serta memohon agar di berikan peluang kedua namun hati Adelia sekeras batu..
“Sekarang..i nak u lepaskan i..dan I harap u akan sentiasa bahagia dengan cinta baharu u “ Tegas Adelia.
Dia sudah penat mengharap, merasa letih dengan dunia fantasi cinta mereka yang ternyata hanyalah satu ilusi yang palsu.
“ I tahu I bukanlah gadis yang sempurna untuk u…berkawan dengan I penuh dengan larangan dan pantang sehinggakan u merasakan hubungan kita tak seperti pasangan lain yang bebas ke sana kesini..betul tak?” Luah Adelia perlahan. Ya! Allah , ku mohon kekuatan itu!! Bisik hati kecilnya.
“Sampai di sini saja lah hubungan kita..u tak  perlu memilih dan tak perlu berubah menjadi orang lain hanya kerana i..”  Akhirnya kata putus itu dapat di luahkan dengan lancar.
Biarlah semua orang akan menyalahkan dia kerana memutuskan hubungan cinta ini. Dia rela di kutuk di cemuh dari menanggung luka ini.
Edwin masih dalam keadaan terkejut mendengar kata-kata Adelia. Selama ini dia fikir, Adelia akan sentiasa menyintainya malah tidak akan sekali kali minta berpisah kerana dia tahu cinta Adelia terhadapnya. Namun dia silap perhitungan. Sekali dia terluka..sampai akhirnya dia tetap terluka.
“Terima kasih kerana melukakan hati i..” itulah ayat yang terakhir yang dituturkan oleh Adelia, sebelum dia berlalu pergi.


 Akhirnya..hubungan 3 tahun berakhir hanya dalam satu malam. Sejak itu, tiada lagi suara Edwin yang memuja dalam rindunya, tiada lagi madah cinta dalam mimpinya..dan yang pasti Edwin hanya tinggal sebuah kenangan yang sukar untuk dia lupakan. Mungkin ada hikmahnya..mungkin inilah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada dia betapa dia seharusnya layak untuk lelaki yang lebih baik. Sesekali, Adelia merindui raut wajah Edwin , bauan haruman minyak wanginya..suaranya..namun..itu tidak akan dapat memberikan Edwin kepada dia..

Bukan sekali dia terserempak  Edwin dengan wanita lain, namun dia masih berprasangka baik beranggapan bahawa mungkin Edwin keluar dengan staff dia. Namun setelah diberitahu oleh Robert tentang Edwin, barulah dia tahu bahawa cinta Edwin pada dia hanya khayalan semata-mata. Dan demi kebenaran cintanya, dia berdepan dengan Edwin, berterus terang dan akhirnya terlepaslah ikatan cinta itu. Pahit rasanya berdepan dengan kebenaran namun itu semua adalah aturan hidup yang telah di tentukan oleh Tuhan.

Sebulan berlalu, selepas perpisahan itu, Adelia masih tidak berupaya untuk melupakan lelaki itu. Berkali-kali dia mencuba untuk membenci Edwin namun yang hadir rasa sayang dan cinta mengisi perasaannya. Murung dan berduka, itulah yang boleh digambarkan tentang dirinya.

Bunyi ketukan dari  membuatkan dia terkejut. Rupanya dia berkhayal lagi. Kenangan itu sentiasa menusuk fikirannya.
“Kak..boleh Rin masuk?” Suara Rina kedengaran dari luar.
Adelia membuka pintu dan cuba berlagak biasa.Duka ini milik aku seorang!bisik hati kecilnya.
“Akak ok ke? Macam baru  lepas nangis je?” Rina memandang tepat ke arah dia.
“Akak ok..Cuma teringat kisah lama..” Ujarnya lembut.
“ Akak…” Rina seolah-olah ingin menyuarakan sesuatu.
“Kenapa Rin?” Soal Adelia lembut. Adik bongsu yang sentiasa manja dan rapat dengan dia.
“Er…keluarga si wan nak datang merisik dan bertunang..er…”
Adelia sudah maklum apa yang tersirat di hati adiknya. Mungkin Rina takut hatinya terasa.
“Tahniah Rin..akak tumpang bahagia..”
Wajah Rin menjadi sugul. Dia seolah –olah tidak gembira dengan berita itu.
“Apsal ni..? sepatutnya Rin bahagia kerana Wan lelaki sejati yang berani menyimpul komitmen ..untuk hidup dengan Rin..”
Adelia cuba memujuk Rin..sambil membelai lembut rambut adiknya..
“ Rin…pasal akak..jangan risau..yang penting Rin..itu dah jodoh  Rin kan”
Rin memandang dia dengan pandangan yang pilu. Setelah melihat kesengsaraan kakaknya..dia tidak sanggup untuk melukakan hatinya. Banyak sudah yang terjadi dalam diri kakaknya.
“So..bila adik nak kena pinang ni?” Soal Adelia cuba mengubah suasana .
“Er..kami hanya tunggu kebenaran akak..mama dan papa pun setuju dengan keputusan kami..”
Adelia mula menghitung hari .
“Kalau macam tu..apa kata kita buat sama dengan tarikh lahir Rin..bukan ke bulan Mac ini?”
Wajah Rina berubah..ceria..
“Kalau akak dah setuju, then kita buat tarikh tu ler..”
Kami berpelukan kegembiraan.

Berita tentang hajat Wan Eqmal untuk masuk meminang serta tarikh yang ditetapkan membuatkan seisi keluarga Encik Arrifin dan Puan Azizah berbunga riang. Manakan tidak..inilah menantu lelaki pertama dalam keluarga. Adelia dapat merasakan betapa mama dan papa seakan akan gusar andainya majlis ini akan melukakan hati dan perasaan dia.
“Papa..I’m  ok..janganlah risau..” Pujuk Adelia lembut.
“Kami tak sampai hati melihat kesedihan Adelia...ye lah..adik dah langkah bendul”
Mama menyampuk.
Adelia hanya ketawa kecil. . Mereka berdua masih menganggap aku ini budak budak..! Bisik hati kecilnya.
“Mama, papa,  Adelia dah dewasa, dah 30 tahun dah.. bukan budak budak lagi ” Tegas Adelia
“Lagipun zaman dah berubah mama, papa..tak salah kalau adik kawin dulu..dah sampai jodoh adik kan..”

Sedar tak sedar, sudah sebulan berlalu dan Adelia hampir lupa bahawa Rina akan bertunang. Kalau tak kerana, dia di ajak menemani Rina mencari barang hantaran, pasti dia akan lupa tentang hari bersejarah Rina.
“Akak asyik busy dengan kerja..sampai Rina nak bertunang pun boleh lupa..” Rungut Rina sambil membelek hiasan untuk di letakkan di atas dulang hantaran.
“Sorry la Rin, akak kan baru je ambil alih kerja papa..banyak yang nak kena belajar dan uruskan..kalaupun akak tak dapat temankan Rin, si Wan kan ada”
Usik . Dia tahu Rin seorang yang mudah merajuk. Maklum lah anak bongsu.
“Wan tu kak..semuanya nak Rin uruskan…sama la macam akak..asyik sibuk je..”
Rina merungut lagi. Adelia  hanya tergelak kecil.
“Kena lah faham kan..macamana nak kawin kalau tak leh faham tugas dia..” Pujuk Adelia.
“Akak dan wan sama saja” rajuk Rina
Adelia hanya mampu ketawa melihat telatah adik bongsunya.
Wan Eqmal adalah cinta pertama Rina. Pada saat dia di kenalkan oleh Rina, dia berdoa agar Rina ada jodoh dengan Wan Eqmal. Mereka cukup sepadan. Segala kekurangan Rina , dilengkapkan oleh kelebihan Wan, maka mereka seolah-olah di takdirkan bersama.
Rina memang seorang yang cukup cerewet, manakala Wan seorang yang cukup simple. Itulah yang menjadikan mereka rapat dan serasi.
Kuasa Tuhan, siapa yang akan menduga…seolah-olah doa dia dimakbulkan selepas berita pertunangan itu disampaikan. Syukurlah..segalanya berjalan dengan lancar.
“Akak..kalau akak nak bertunang, akak nak tema apa?” Soal Rina.
“Akak suka warna putih..cantik..bersih..tapi..Rin pasti ada tema pilihan kan” ujar Adelia.
Rina seolah-olah sedang berfikir..
“Kami sepakat nak akak tetapkan tema untuk majlis pertunangan kami..ok tak?” Nada suara Rina yang riang membuatkan Adelia tidak mampu menolak. Mana mungkin dia melukakan hati adiknya .
Seharian memenuhi kehendak Rina, semuanya nak kena sempurna..Susah jugak jadi Miss Perfect. Ada saja yang tak kena..ish..! bisik hati kecil Adelia. 
Sewaktu  mereka memasuki wisma Jakel di Shah Alam, Adelia seolah-olah melihat kelibat Edwin. Apabila di amati, sememangnya itu adalah Edwin, bersama seorang gadis. Apabila dia melihat kemesraan yang ditunjukkan, Adelia dapat rasakan betapa Edwin sudah melupakan cinta lalu..sedangkan dia  masih menggenggam cinta itu walaupun dia tahu yang digenggam itu adalah sia sia..
“Akak..are you ok?” Rina mencuit bahunya.
Adelia tersentak seketika.
“Akak rasa macam terpandang seseorang..tapi bukan..pelanduk dua serupa agaknya..” Dalih Adelia
Sesi memilih kain untuk dijadikan pakaian semasa bertunang membuatkan Adelia lupa seketika tentang Edwin. Rina turut meminta agar Adelia memilih pakaian untuk dijadikan pengapit. Wahai adikku..ini bukannya majlis perkahwinan nak ada pengapit! Usik Adelia. Maka muncunglah mulut si Rina..kesian dia, asyik merajuk saja sejak akhir akhir ini  "


akan bersambung........

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....