april yang di nanti

salam...

beberapa hari ni sibuk dengan kerja . Bermula sudah kerja yang banyak dan tidak akan habis...tapi kan..kerja memang tak pernah habis pun..Sewaktu duk tgk kalendar..aku baru perasan yang april akan berganjak masuk dan Mac akan pergi berlalu. Banyak perkara yang berlaku pada bulan Mac ...semuanya adalah kenangan. April? well banyak perkara yang akan berlaku...hehe satunya April Fool , seram siot..kot ada member yang nak kenakan aku tapi Insya Allah.. Selain daripada itu, hari menyambut hari tua aku..yang ke 35..OMK...dah tua dah aku ni..Selain daripada itu, ada insan yang berada jauh di perantauan akan pulang..(kalau ikut jadualnya), ..

agaknya ramai yang tak suka status kat bb aku..asyik RINDU !RINDU!RINDU je..susah kan kalau dah rindu je yang aku tahu...tapi mungkin itulah yang boleh membahagiakan aku selain merasakan bahawa aku suka merindui seseorang. Ada seseorang pernah cakap..baguslah kiranya kalau yang dirindui juga saling merindui kita....entah lah..

kelas semester 2  di puncak perdana sudah bermula..namun entah kenapa aku merasakan tidak ada semangat untuk study.mungkin sebab skarang ni aku asyik balik lambat..n mood aku lebih kepada bermalas malasan...namun berkat sokongan aklima, farah , kawan kawan yang lain termasuk azlin dan kak yati maka aku harus berusaha keras untuk mendapat pointer bagus..hahah harap harap tak stress lagi..


Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...