Tuesday, March 20, 2012

Jenis-jenis lelaki yang aku kenali...

salam...


pada ahad lepas, aku sempat tonton rancangan NONA, berkenaan 'lelaki pisau cukur' ..good topic. kalau pompuan yang mengikis tu biasa punya topik tapi lelaki yang mengikis ...macam luarbiasa sikit citernya..Dari situ aku mendapat ilham nak pertontonkan jenis jenis lelaki yang aku kenali..kalau ada sesapa yang membaca ni n terasa so aku minta maaf awal awal...sb rasanya ini adalah sebahagian pendapat..bukan sepenuhnya ...


a. lelaki yang budiman/baik/gentleman/
   Aku sering bertemu dengan lelaki sebegini..namun masalahnya, ,mereka dah jadi suami orang dan setia pada isteri. hahaha...aku rasa macam jeles pada isteri mereka..beruntung dapat suami yang baik . lelaki jenis ini adalah lelaki yang cukup gentleman, pandai menghormati maruah perempuan dan yang paling penting bertanggungjawab. bertuah nya kalau dapat memiliki lelaki  macam ni. biarlah tak handsome or kacak tapi sifat yang mereka ada membuatkan kita sebagai wanita amat dihargai


b. lelaki anak mak
  Lelaki jenis ini, dalam katagori yang manja dan tidak mahu berdikari..(tak semua). Mereka bergantung dengan peraturan ibu. segala-galanya tentang ibu dan rasanya sesiapa yang berkahwin atau memiliki lelaki jenis ini, dia perlu berkorban perasaan dan berkongsi dengan ibu.. aku sering bertemu dengan lelaki anak mak..dan kebanyakkannya akan ikut cakap mak....dan cinta ku pernah hancur kerana lelaki anak mak...


c. Lelaki mata keranjang/sweet talker


  Ini adalah jenis lelaki yang paling kerap aku jumpa..hahaha...dia fikir sweet talker dia jer..sweet talker aku dia tak kira..hahaha... Lelaki begini akan memiliki ramai perempuan, suka memberi janji janji palsu dan paling penting meletakkan harapan pada perempuan baik cam aku ( wahhh..perasannya aku). Jujurnya, tiada siapa yang tidak tertipu dengan lelaki jenis ini. Semuanya indah, manis, fun dan membahagiakan..namun hakikatnya mereka semua sampah...


d. Lelaki miang / notty
 Aku bertemu dengan lelaki katagori ini di mana saja aku bekerja. Paling tak boleh blah, mereka akan ambik kesempatan dan menggunakan kuasa mereka untuk mengawal kita. Syukurlah, sepanjang aku kerja..aku dapat elak. Lagi satu aku perhatikan, ramai lak budak budak muda mula menunjukkan  perangai notty padahal umur baru setahun jagung.


e. Lelaki kaki pukul


 Aku masih ingat kata-kata MAMA.." jangan sesekali benarkan tangan /kaki suami/kekasih kena kat badan kita ...mereka tidak layak jadi lelaki". Itu yang aku pegang sampai sekarang. Apbila aku dapat tahu ramai kawan - kawan yang kawin..kena pukul..aku rasa sedih..mereka rela di perlakukan begitu.
Bangkitlah kekawan..jangan menjadi mangsa mereka...mereka tidak ada hak ke atas kita...nak pukul pukul lak..


f. Lelaki pisau cukur.


  Lelaki camni memang hidupnya berlandaskan duit pompuan. Memberi banyak alasan dan mohon banyak pertolongan. Aku pernah mendengar kisah kawan kawan yang terkena dengan kononnya 'bf' mereka tapi akhirnya berbelas belas ribu habs..kesian. taktik mereka banyak..antaranya yang paling best..even nak suruh top up pun minta ngan pompuan...pastu mula la buat muka seposen.."nanti i top up u semula.." 


ini adalah antara jenis-jenis lelaki yang aku kenali..selama dari tahun 1995 hingga 2012...
namun begitu..aku menulis berdasarkan lelaki yang aku kenali..dan aku yakin akan ada lelaki baik..Insya Allah.


nota: aku pernah bertemu dengan lelaki baik..namun sayangnya dia GAY. (sayangnya) 

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....