Sunday, April 8, 2012

Nilai sebuah perkahwinan : Kenapa suami curang dengan isteri?

salam ..
selesai sudah semua urusan..kemas bilik, basuh baju, masak dan masa untuk melihat Anugerah Bintang Popular Berita Harian, sambil tulis blog la...hahahha..smlm aku dah tidur lewat..so hari ini aku nak tidur awal..besok banyak keje kot..hahaha.

Kalau tgk tajuk..aku nak citer pasal kecurangan...kali ni aku nak citer pasal kenapa suami perlu curang dengan isteri? Banyak yang aku temui semuanya menjurus kepada kecurangan...dalam erti kata yang sebenarnya..menduakan isteri. Aku tak nak citer pasal menduakan kekasih..kerana bagi aku selagi belum menjadi suami isteri yang sah..bebas kot nak pilih mana yang terbaik.

kenapa wujudnya isu curang? susah nak di gambarkan..tapi ada banyak faktor kenapa suami berlaku curang. Antara yang paling ketara..jawapannya tiada persefahaman dengan isteri., isteri tidak mengambil berat tentang layanan ...isteri sibuk dengan kerja, isteri itu..isteri ini..sehinggakan aku merasakan aku ingin balas je dengan menjawab..kalau rasa tak suka..cerai je la...tak menyiksa kan semua orang...

Nak curang perlu ada sebab..hahhaha..aku tak merasakan itu semua penyebab nya..Jujurnya..aku berpendapat bahawa..suami curang kerana dia memang nak curang..dah sifat lelaki yang mudah suka kan benda benda baru.Para suami memang mudah tertarik dengan perkara -perkara yang sememang nya tiada pada si isteri. So apabila mereka melihat, berkenalan, berkawan ..maka mereka akan mudah jatuh cinta dan di sini bermulalah detik detik kecurangan mereka.Semua alasan yang diberikan adalah ramuan penyedap untuk menarik perhatian 'kekasih gelap' , meraih simpati..

kebanyakkan para suami pasti akan mengamuk kalau membaca blog aku ni..heheh tapi hakikat kot. Bukan seorang , dua malah lebih dari 10 org yang aku kenali..semuanya memberi beribu -ribu alasan . Tapi sebenarnya..disini aku nak memberi pandangan dari sudut seorang wanita..
pertama, aku hairan sangat bila ada kebanyakkan suami, berkata..suka kan sesuatu yang tiada pada isterinya...contohnya..nak isteri chubby, nak isteri macam ni, nak isteri macam tu...tapi yang aku tak faham tu..kenapa masa nak kawin tak cari yang camtu..bila dah kawin dah beranak pinak..mula la rasa isteri tu tak menepati citarasa? adus..sungguh tidak baik pemikiran suami camtu..

kedua, kebanyakkan suami menyalahkan isteri yang banyak berleter, banyak fokus pasal keje, pasal urusan rumah tangga dan sebagainya..so alasan yang diberi..perlukan perhatian..maka dengan adanya kekasih gelap..so perhatian akan di perolehi...well it's all rubbish...kalau seorang suami yang sayang kan isteri dan sayangkan keluarganya..pasti dia akan faham dan akan bertolak ansur dengan semua perkara yang berlaku dalam keluarganya. tiada isu perhatian sebenarnya...

ketiga, kebanyakkan suami...tidak boleh bertolak ansur dengan rumahtangga yang dibina, masih tidak mahu bertanggungjawab atas keluarga dan yang paling penting mereka dapat memenuhi kehendak mereka..

sebenarnya..dari apa jua yang berlaku, pasti akan berbalik kepada suami..selaku ketua rumah tangga..maka seharusnya si suami harus tahu apa yang terbaik untuk isteri dan keluarga.

Aku merapu kat sini sb aku rasa aku perlu luahkan apa yang aku rasa tak betul. Buat kawan-kawan lelaki yang aku kenali dan yang ada kekasih gelap..aku harap..tak perlu curang..andai anda rasa mampu dan adil..kahwini la sampai empat ...maka anda akan ketemui kebahgian yang di cari.

sori..sebab merapu..

note: next ..."kenapa isteri curang dengan suami"

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Benarkah suami boleh curang tapi menurutnya syg sgt2 dengan isteri & keluarga. Cuma tergoda dgn keseksian student, akhirnye menjurus kpd perckpan yg lucah akhirnya terlanjur. tapi tidak ada perasaan cinta, saja suka suka? Akhirnye menangis2 depan is3, declair dah taubat nasuha....kononye taubat ke atau benar2 taubat...wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. tiada istilah tergoda...sebab tepuk tangan sebelah tak berbunyi. kalau seorang suami masih sayangkan rumahtangganya, dia tidak akan senang dan mudah untuk jatuh ketangan orang lain. Tiada istilah suka - suka...hmm tepuk dada tanya selera... lelaki o lelaki

    ReplyDelete
  4. Suami membuka peluang kepada perempuan (single) lain....kononnya sebagai pekerja bawahan...tapi tindak tanduk x seperti yang di katakan...dah banyak kali terkena.....jangan bersedih...hari pembalasan akan tiba........biar jatuh terduduk....;)

    ReplyDelete
  5. Sy dh lalui smua ni..patuh pd suami sehingga dibodoh2 kan sbb dia hubungi kekasih lama..sy skrg tgah sarat mngandung anak pertama..rasa tak boleh nak baiki lagi perasaan ni pd suami..setiap mlm menangis berdoa agar diberi jalan keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah melalui jalan berliku ini, izinkan saya memimpin tangan anda untuk mengatasi segala keperitan ini

      Delete
  6. saya pernah melalui jalan berliku ini, izinkan saya memimpin tangan anda untuk mengatasi segala keperitan ini

    ReplyDelete
  7. Jika hidup berkiblatkan nafsu mmg camni lah jadinya..wanita bukan seorang malaikat..mesti ada kekurangannya same goesto men..ALlah jadikan pasangan to complement each other. Moral of the story ..agama tidak lagi menjadi pedoman dlm rumahtangga

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....