Sunday, April 8, 2012

nilai sebuah perkahwinan: layanan seorang isteri terhadap suaminya

salam...

akibat ambil ubat batuk siang tadi..aku tak dapat nak lelap mata malam ni..masalahnya besok ada kelas..aduss...tensen jugak ni.. tapi tak per..boleh le aku merapu kat blog ni...hahahaha...
kalau  tgk tajuk kali ni pasal perkahwinan..hmm ada banyak yang boleh di bicarakan ttg perkahwinan dan kali ini aku nak merapu ttg tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya..mungkin ini akan menyedarkan ramai para isteri yang ada di luar sana.

Ada beberapa senario yang berlaku di kalangan para isteri yang  mana telah membuatkan para suami akan  makan luar..dlm erti kata ada perempuan simpanan or kekasih gelap. Lain pandangan lain pendapat lain perasaanya namun aku merasakan..ada banyak faktor kenapa menjadi begitu..bak kata kawan aku..'terjebak'

Dalam keadaan sedar atau tidak..para isteri telah terlupa tentang satu perkara dan disebabkan kelupaan itu..maka suami akan mencari alasan untuk mendapatkan perhatian diluar yang mana hanya kekasih gelap yang mampu berikannya. LAYANAN ZAHIR DAN BATIN..adalah satu perkara yang mana kebanyakkan isteri lupa. Banyak kes yang aku jumpa..adalah disebabkan oleh perkara itu. 10 lelaki yang aku kenali, 9 darinya ada kekasih di luar dan apabila aku tanya..mereka mengatakan isteri sudah lupa untuk melayan mereka..baik dari segi zahir mahupun batin...

Punca utama adalah apabila isteri sibuk ngan urusan keluarga dan kerja , maka mereka menganggap layanan untuk suami sudah tidak penting. Tidak di nafikan, seorang isteri..kerjanya bukan terhenti kul 5 petang saja..belum lagi nak balik masak or basuh baju or layan anak tapi sepatutnya sebagai isteri..agenda untuk layanan suami perlu di letakkan bersama jadual yang lain. Seharusnya sebagai isteri, jgn biarkan seorang suami mencari dan mendapat alasan untuk curang atau mempunyai kekasih gelap. pengalaman menjadi seorang isteri suatu ketika dulu membuatkan aku mengerti kenapa lelaki akhirnya mengalah dan mencari keseronokan diluar. Mujurlah perkahwinan aku yang dulu berakhir bukan kerana insan ketiga .

Untuk para isteri, berilah layanan yang sepatutnya kepada suami kerana itu adalah satu perkara yang di tuntut. Suami juga perlu bertolak ansur dalam hal ini. Teringat kata-kata seorang rakan..yang mana memiliki kekasih gelap ..dia berkata..."i boleh tolong dia dalam apa jua..masak, basuh kain tapi bagi i layanan yang baik dan ikhlas untuk i..! seandainya dia penat nak urus rumah tangga..i mampu upah  maid..janji bila i nak dia layan i..dia layan ngan baik baik.."
Banyak 'mungkin' yang keluar dari pemikiran aku..apabila aku melihat bukan sorang atau dua orang kawan aku memiliki kekasih gelap..gara-gara kurangnya layanan dari isteri mereka..antaranya:

   1. isteri penat dan letih nak melayan
   2. isteri merasakan layanan sudah tidak perlu..dah ada dua tiga orang anak
   3. isteri stress ngan keje di pejabat
   4. tiada perasaan cinta yang hadir dalam diri isteri
   5. isteri ada scandal lain
   6. isteri ada perasaan marah /benci pada suami
   7. isteri yang queen control
 
Walau bagaimana pun..apa jua yang aku tulis ni...hanyalah pandangan aku dan berharap para isteri tidak cepat melatah. Cuma inilah yang boleh aku katakan kerana aku melihat perkara ini di sudut pandangan kaum suami yang menjadi kawan kawan aku.


nota: besok aku  nak tulis 'kenapa suami perlu curang dengan isteri' ...tungguuuuu

2 comments:

  1. marriage is not all about love and sex. But you can't have successful marriage without the two. <3

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....